Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepan­dai­an, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) dike­tahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Se­panjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Peribahasa

Sukakan kemenyan,
     dibakar.

Bermaksud :

Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jauh pandangan, luas pengetahuanpengetahuanTatabahasa12.03.2008
Apakah erti atau definisi PENGETAHUAN?Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatuMakna11.08.2007
dalam pengetahuan saya... atau pada pengetahuan saya...? TQ tuanFrasa yang betul ialah pada pengetahuan saya.Tatabahasa27.01.2012
Pengetahuan saya tentang penulisan adalah sangat lemah. Saya berhasrat untuk menghasilkan dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk - Teknik dan Panduan Jawab Sains UPSR. Buku ini diharap akan menjadi buku panduan seluruh pelajar sekolah rendah di Malaysia. Bolehkah pihak tuan membantu saya dalam 1. penyediaan manuskrip. 2. cipta 3. ilustrasi 4. penerbitanSdr. wangsapertiwi, salah satu matlamat DBP adalah menerbitkan buku yang dikendalikan oleh Jabatan Penerbitan. Terdapat beberapa bahagian dalam Jabatan Penerbitan yang menerbitkan buku bahasa, buku sastera, buku kanak-kanak dan remaja, buku teks sekolah, buku umum dan majalah. Semua penerbitan dalam bahasa Melayu merangkumi pelbagai bidang ilmu untuk memenuhi keperluan pembaca. Menjawab soalan sdr. setakat ini DBP tidak membuat perolehan judul yang berkaitan dengan teknik dan panduan menjawab soalan untuk sekolah rendah atau sekolah menengah. Bahagian Buku Sekolah hanya menerbitkan buku teks untuk sekolah rendah dan menengah yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja pula menerbitkan buku sokongan pendidikan sebagai bacaan tambahan kepada buku teks. Jika sdr. berminat untuk menulis dengan DBP, bolehlah diajukan permohonan untuk mengikuti bengkel penulisan buku kanak-kanak dan remaja pada tahun 2014. Sila emelkan kepada: rosnah@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih.
Hajah Rosnah Awang
Ketua Editor
Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja
Jabatan Penerbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka
50460 Kuala Lumpur.
Lain-lain29.10.2013
pengetahuan ilmu sains dan teknologi ICT sangat-sangat dituntut dalam membina negara bangsa dewasa ini. oleh itu bidang ilmu kesusasteraan wajar dikesampingkan.BahaskanPertanyaan saudara lebih berbentuk soalan esei. Saudara dinasihati membuat pembacaan,rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan di tempat saudara.Lain-lain25.07.2008
perkatan berlwanan bagi belajarBelajar bermakna berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan dan lain-lain, menjalani latihan. Perkataan berlawan bagi belajar, adalah berkaitan dengan sikap seseorang yang berada dalam situasi berkenaan.Lain-lain06.02.2008
Salam sejahtera, 1. Mereka mendapat banyak pengetahuan. 2. Mereka banyak mendapat pengetahuan. Ayat yang mana betul ?Ayat yang betul ialah 1. Mereka mendapat banyak pengetahuan.Tatabahasa24.04.2012
Untuk pengetahuan, saya akan menulis tesis sarjana berkaitan bidang sains dan kejuruteraan didalam bahasa melayu. Maka, saya ingin menghasilkan karya yang menggunakan istilah yang tepat dan struktur yang lebih sempurna agar tesis ini dapat mencerminkan keindahan bahasa melayu dalam penulisan akademik. Bagaimana pihak DBP dapat membantu saya? Mungkin ada buku atau dokumen yang boleh dijadikan rujukan. Harap dapat membantu.Dalam penggunaan kata dan ejaan yang betul kami cadangkan saudara gunakan Kamus Dewan. Untuk mengenal pasti penggunaan istilah yang tepat kami cadangkan saudara gunakan daftar istilah dan glosari yang berkaitan seperti Istilah Kejuruteraan, DBP, 1970; Istilah Kejuruteraan Pengajian Tinggi: Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia, DBP, 1987; Istilah kejuruteraan : bahasa Inggeris - bahasa Malaysia, DBP, 2008; dan Kamus kejuruteraan awam, DBP, 2006. Data daripada kamus, daftar istilah dan glosari ini boleh diperoleh melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan kata/istilah yang diperlukan dalam ruangan carian spesifik dan saudara akan dapat melihat data daripada pelbagai sumber. Untuk memastikan ayat yang digunakan adalah betul rujuk buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain17.07.2011
Tuan, Sepanjang pengetahuan kita 'tetamu' berasal daripada perkataan 'tamu', lelaki pula 'laki'. Soalannya, para tamu atau para tetamu yang betul dari segi tatabahasa? Begitu juga dengan 'tiga orang lelaki' atau 'tiga orang laki'? Soalnya, tetamu / lelaki itu jamak atau bermaksud satu? Terima aksih.Dalam kamus Dewan lelaki sama maksud dengan laki-laki, dan diberi tafsiran sebagai jenis manusia yang menjadi pasangan kepada perempuan (tidak dinyatakan satu atau jamak). Begitu juga dengan perkataan tetamu sama makna dengan tamu yang diberi maksud orang yang diundang untuk menghadiri majlis jamuan (tidak dinyatakan satu atau jamak tetapi lazimnya tetamu sudah menunjukkan ramai undangan). Oleh itu, seorang lelaki atau dua orang lelaki boleh digunakan.Tatabahasa28.05.2010
Assalamualaikum. Buat pengetahuan saudara, saya sedang mengkaji unsur perlambangan "masa" dalam sajak. Saya ingin bertanya mengenai perbezaan antara perlambangan dengan simbolisme dalam sajak. Soalan kedua saya ialah maksud lambang "petang" dalam sajak. Terima kasih atas daya usaha membantu.

Waalaikumusalam wbk. Perlambangan dan simbolisme dalam sajak sebenarnya tiada yang berbeza. Perkataan lambang adalah kata dasar dalam bahasa Melayu sementara symbol adalah kata dasar dalam bahasa Inggeris.  

Lambang "petang" dalam sajak bermaksud waktu antara pukul 12:01 tengah hari (petang) hingga pukul 7:00 petang. Petang dalam konteks ini bermaksud cuaca redup atau matahati tenggelam. Perlambangan (metafora) "petang" boleh juga bermaksud usia senja atau umur yang lewat/tua.

Bagi mendapatkan maklumat lengkap dan jelas, sdr. dicadangkan membeli atau membuat rujukan pada buku Panduan Menulis Sajak karya Rahman Shaari (terbitan DBP) dan Kamus Puisi (Siri Kamus Istilah MABBIM) terbitan DBP, 2005. 

Sekian, terima kasih dan wassalam. 

Lain-lain21.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas