tuan pengetua atau puan pengetua.mana satu yang betul? | Kedua-duanya boleh digunakan. Ini bergantung kepada gender pengetua tersebut. Jikalau beliau seorang lelaki hendaklah dipanggil tuan pengetua. Jikalau pengetua itu seorang wanita, eloklah danggil puan pengetua. T.kasih. | Lain-lain | 16.08.2008 |
APAKAH PANGGILAN RASMI BAGI PENGETUA SEKOLAH WANITA SAMA ADA TUAN PENGETUA ATAU PUAN PENGETUA? | Untuk panggilan ialah 'puan pengetua' sekiranya sudah pasti beliau ialah wanita. Jika tidak pasti, misalnya dalam penulisan, gelaran 'tuan' dicadangkan. | Lain-lain | 05.05.2009 |
Jika pengetua ialah seorang perempuan, apakah panggilan yang sesuai untuk beliau dalam urusan atau majlis-majlis rasmi? Antara Puan Pengetua dan Tuan Pengetua yang manakah betul? Bagaimana dalam kes seperti mesyuarat, adakah puan pengerusi atau tuan pengerusi majlis? | Jika seseorang itu telah diketahui lelaki atau perempuan, contohnya pengetua maka sapaan yang sesuai ialah Puan Pengetua, begitu juga dalam contoh, Puan Pengerusi Majlis | Lain-lain | 19.09.2007 |
i. Jika pengetua perempuan, apakah kata sapaan yang betul -...tuan pengetua/ tuan pengerusi (atau) puan pengetua/ puan pengerusi? | Puan Pengetua atau Puan Pengerusi | Lain-lain | 08.03.2007 |
ejaan bagi panggilan tuan pengetua(KNA atau Tuan Pengetua(KNK)? keliru juga dengan ejaan bagi jawatan tertentu seperti Penyelaras Tingkatan Enam atau penyelaras tingkatan enam,bagaimana nak bezakannya? terima kasih | Kata nama pengetua dan penyelaras tingkatan enam dianggap sebagai kata nama am. Oleh itu ejaan kedua-dua kata/kata majmuk tersebut ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
Saya ingin menyemak ejaan untuk bilik guru atau Bilik Guru begitu juga dengan bilik pengetua atau Bilik Pengetua? terima kasih. | Bilik guru dan bilik pengetua merupakan kata nama am dan tidak perlu ditulis dengan huruf besar apabila digunakan dalam ayat. Sekiranya perkataan tersebut dibuat sebagai penandaan dan ditampal pada pintu bilik orang tertentu, perkataan tersebut boleh ditulis sebagai Bilik Guru dan Bilik Pengetua. | Ejaan | 24.04.2012 |
JIKA PENGETUA SEKOLAH SEORANG PEREMPUAN, DI DALAM MAJLIS RASMI ADAKAH KITA MENYEBUT "YANG BERUSAHA "TUAN" PENGETUA SMK. PEKAN II KOTA BELUD, PN. LATIFAH HJ. MUSTAKIM..." ATAU "YANG BERUSAHA "PUAN" PENGETUAN SMK. PEKAN II KOTA BELUD..."? KELIRU ANTARA PUAN DAN TUAN, UNTUK DALAM UCAPAN MAJLIS RASMI. TERIMA KASIH. | Jika Pengetua yang dimaksudkan itu adalah seorang perempuan, yang disarankan ialah Puan Pengetua. Bagaimanapun, jika Pengetua itu tidak diketahui jantina, sama ada perempuan atau lelaki, yang dicadangkan ialah tuan pengetua. Harap maklum. | Tatabahasa | 29.10.2007 |
Majlis dengan ini dipersilakan Tuan Pengetua menampaikan ucapan. Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Pengetua menyampaikan ucapan. Mana yang betul dan huraian logiknya | Frasa yang lebih tepat ialah "Majilis mempersilakan Tuan Pengetua menyampaikan ucapan." | Tatabahasa | 22.10.2013 |
Jika Guru Besar atau Pengetua seorang wanita, yang mana lebih tepat penggunaannya 'Tuan Guru Besar' atau 'Puan Guru Besar'? Terima kasih. | Jika sudah pasti Guru Besar atau Pengetua tersebut perempuan, sapaan yang paling sesuai ialah Puan Pengetua atau Puan Guru Besar. | Lain-lain | 02.03.2010 |
Kata pengetua itu, ¨Waima murid lelaki mahupun murid perempuan mesti mematuhi peraturan yang digubal di sekolah ini.¨ maka, MUNsyi, adakah waima betul dalam ayat ini? TK | Waima bermaksud sama ada atau walaupun dan perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.06.2013 |