Ayat: 1. Pengetua berhajat untuk mencari tukang kebun baharu yang lebih rajin. Tuan, adakah dalam ayat (1) di atas, perkataan "untuk" berfungsi sebagai kata hubung keterangan tujuan? Adakah perkataan "untuk" menerangkan tujuan "berhajat" dalam ayat di atas? Jadi, tujuan "berhajat" dalam ayat di atas ialah "untuk mencari tukang kebun baharu yang lebih rajin"? Betulkah pandangan saya? Atau perkataan "untuk" berfungsi sebagai kata sendi nama dalam ayat di atas? | Untuk ayat: Pengetua berhajat untuk mencari tukang kebun baharu yang lebih rajin, fungsi "untuk" ialah sebagai kata hubung antara dua kata kerja, iaitu berhajat dengan mencari. Betul pendapat puan, iaitu "untuk" itu juga menerangkan tujuan berhajat dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 13.12.2014 |
Salam, yang manakah betul? 1. Yang Berusaha, Pengetua SMK Hamzah, Tuan Haji Ahmad Sukiman bin Mohamed atau Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Sukiman bin Mohamed, Pengetua SMK Hamzah. 2. Barisan Guru Kanan atau Barisan Guru-guru Kanan atau Barisan guru kanan. 3. Setelah saya selidik khidmat nasihat yang telah diberikan, terdapat dua versi dimana; i) Yang Berusaha boleh disingkatkan menjadi Yang Brs. ii) Yang Berusaha tidak boleh disingkatkan. 4. Guru Bahasa Melayu saya menggunakan Yang Berusaha kepada penolong-penolong kanan semasa perhimpunan yang turut dihadiri oleh pengetua. Ada pendapat mengatakan sepatutnya Yang Dihormati digunakan jika pengetua turut hadir. Jika Yang Dihormati adalah penggunaan yang betul, apakah gelaran bagi barisan guru kanan, kaunselor-kaunselor pelajar dan guru-guru biasa? | 1. "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. "Yang Dihormati" pula digunakan kepada orang-orang yang dihormati seperti guru, ketua kampung, penghulu dan sebagainya. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014: Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya atau buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP. 2. Cadangan jawapan: Barisan guru kanan | Lain-lain | 16.10.2023 |
1.Kata pengetua itu, ¨Waima murid lelaki mahupun murid perempuan mesti mematuhi peraturan yang digubal di sekolah ini.¨ )MUNsyi, adakah waima sesuai digunakan dalam ayat ini_ TK | Waima ialah perkataan Arab yang bermaksud sama ada atau walaupun bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=waima. | Tatabahasa | 18.06.2013 |
1.apakah alasan kesalahan bagi ayat pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan sahsiah murid kepada semua guru dalam mesyuarat di minggu hadapan | Ayat yang betul ialah Pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan sahsiah murid dengan semua guru dalam mesyuarat yang akan diadakan pada minggu depan. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
1. Tingkatan Satu atau tingkatan satu? 2. Pengetua mendapati banyak guru yang duduk sambil mengajar. Ayat tersebut ada kesalahan ataupun tidak? | 1. 1. Frasa "tingkatan satu" merujuk kepada frasa nama am, manakala frasa "Tingkatan Satu Bestari", contohnya merupakan frasa nama khas, iaitu frasa yang mengandungi kata nama khas yang merujuk kepada sesuatu yang khusus dan dieja dengan huruf besar pada huruf pertama setiap perkataan utama.Contoh lain ialah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mercu. 2. Ayat yang betul ialah "Pengetua mendapati kebanyakan guru mengajar sambil duduk." | Tatabahasa | 04.07.2025 |
1. Ada laman sesawang yang menyatakan Yang Berbahagia boleh digunakan untuk Tetamu Kehormat dari dalam atau luar sekolah. Adakah ini benar? Jika ya, adakah ini bermaksud Pengetua boleh dirujuk sebagai Yang Berbahagia? 2. Barisan Kepimpinan Pelajar atau Barisan Pemimpin Pelajar? 3. Yang Dikasihi rakan-rakan atau Yang dikasihi rakan-rakan? | Page Title 1. Ungkapan “Yang Berbahagia” dalam sesuatu majlis digunakan untuk:
a. Tetamu kehormat yang paling tinggi (dari luar atau dalam).
b. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahi gelaran kehormat seperti Dato'/Datin/Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dan lain-lain. Penggunaan ungkapan “Yang Berbahagia” tidak tertakluk kepada individu tetapi posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.
"Yang Berusaha" pula lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak yang menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.
Oleh yang demikian, pengetua dirujuk sebagai “Yang Berusaha”.
Page Title 1. Ungkapan “Yang Berbahagia” dalam sesuatu majlis digunakan untuk:
a. Tetamu kehormat yang paling tinggi (dari luar atau dalam).
b. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahi gelaran kehormat seperti Dato'/Datin/Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dan lain-lain. Penggunaan ungkapan “Yang Berbahagia” tidak tertakluk kepada individu tetapi posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.
"Yang Berusaha" pula lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak yang menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.
Oleh yang demikian, pengetua dirujuk sebagai “Yang Berusaha”.
2. Jawapan yang betul ialah “Barisan Kepimpinan Pelajar”. "Kepimpinan" bermaksud keupayaan memimpin dan penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat.
3. Jawapan yang betul ialah “Yang dikasihi rakan-rakan” dan kata “dikasihi” ditulis dalam huruf kecil.
2. Jawapan yang betul ialah “Barisan Kepimpinan Pelajar”. "Kepimpinan" bermaksud keupayaan memimpin dan penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat.
3. Jawapan yang betul ialah “Yang dikasihi rakan-rakan” dan kata “dikasihi” ditulis dalam huruf kecil.
| Tatabahasa | 10.08.2024 |
Salam 1Malaysia. soalan 1. apakah tanda ayat yang paling sesuai digunakan dalam ayat? ( , ) atau ( ; ) soalan 2. yang manakah contoh ayat yang paling sesuai untuk menyatakan perbandingan antara dua responden. Contoh 1. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah. contoh 2. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua/guru besar sekolah, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP. mohon pembetulan dan penjelasan jika perlu. tq | Untuk makluman tuan, tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah - memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan seperti Ali membeli rambutan, langsat dan durian. Tanda koma bertitik (;) pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambungkan dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu seperti Membaca menambahkan ilmu; dan berfikir mempertajam akal. Sila rujuk maklumat berkenaan untuk disesuaikan dengan teks yang tuan kemukakan. | Ejaan | 02.09.2015 |
Berkaitan perhimpunan di sekolah: Yang _____ Puan Hajah Norma binti Hassan, Pengetua SMK Hamzah. Yang _____ Encik Zulkapli bin Mat Sin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Hamzah. Yang _____ Tuan Haji Zulkornain bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Hamzah. Yang _____ Puan Che Zaharah binti Che Mat, Guru Kanan Sains Sosial SMK Hamzah. 1. Apakah panggilan hormat yang sesuai? (Situasi majlis tanpa tetamu dari luar dan situasi majlis tanpa tetamu dari luar) 2. Mengapa penggunaan "Encik" lebih sering digunakan berbanding "Tuan" walaupun individu tersebut telah berkahwin? Bukankah penggunaan yang betul ialah "Tuan" untuk lelaki yang sudah berkahwin? 3. Terdapat pihak yang mengatakan Yang Berusaha boleh disingkatkan menjadi YBrs.. Benarkah? 4. Nama jawatan yang betul ialah Guru Penolong Kanan atau Penolong Kanan sahaja? | 1. Cadangan kami, gunakan gelaran hormat Yang Berusaha kepada pengetua, manakala guru-guru lain gunakan gelaran hormat Yang Dihormati, seperti Yang Berusaha Puan Hajah Norma binti Hassan, Pengetua SMK Hamzah, Yang Dihormati Encik Zulkapli bin Mat Sin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Hamzah, Yang Dihormati Tuan Haji Zulkornain bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Hamzah, Yang Dihormati Puan Che Zaharah binti Che Mat, Guru Kanan Sains Sosial SMK Hamzah. 2. Penggunaan "Encik" di hadapan kata nama lelaki sama ada yang telah atau belum berkahwin telah lama diamalkan. Kata sapaan "tuan" digunakan dalam penulisan formal bagi menggantikan nama yang dirujuk. 3. Betul, Yang Berusaha boleh dieja YBrs. dalam singkatan. 4. Berdasarkan surat siaran/edaran Kementerian Pendidikan, jawatan Penolong Kanan yang digunakan atau singkatannya PK. | Tatabahasa | 03.08.2024 |
Panggilan kehormat untuk pengetua dalam perhimpunan rasmi sekolah Yang Berbahagia atau Yang Berusaha? Dan apakah pula gelaran kehormat bagi Guru Penolong Kanan? Mohon pencerahan | Ungkapan 'Yang Berbahagia' dalam sesuatu majlis digunakan untuk: 1. Tetamu Kehormat yang paling tinggi. (Dari luar atau dalam) 2. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahkan gelaran kehormat seperti Dato'/Datin, Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dsb. Sekiranya sesuatu majlis itu dihadiri oleh tetamu kehormat dari luar, dan sekolah bertindak sebagai penganjur, maka ungkapan yang sesuai untuk Pengetua Sekolah pada ketika itu ialah 'Yang Berusaha'. Penggunaan ungkapan 'Yang Berbahagia' ini tidak tertakluk kepada individu tetapi kepada posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis. Untuk Pengetua dan Penolong Kanan, panggilan yang digunakan ialah Tuan atau Puan. | Lain-lain | 08.11.2022 |
Adakah ayat di bawah betul: 1. Ahmad sudah berkecimpung dalam industri persijilan (pencetakan dan perekabentukan sijil) sejak tahun 2000. 2. Pengetua sekolah tersebut menyijilkan/mensijilkan pelajar - pelajar yang memenengai pertandingan tersebut. | Ayat yang betul ialah Ahmad sudah berkecimpung dalam industri persijilan sejak 2000. | Lain-lain | 24.03.2018 |