Maksud tajuk ' Integrasi Menurut Pandangan Islam'. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lainl.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Integrasi menurut Islam pula merujuk kepada penggabungan mengikut pandangan dan lunas-lunas Islam iaitu, Al-Quran, Sunah, Ijmak Ulama dan lain-lain. | Makna | 11.10.2015 |
maksud integrasi ekonomi dan integrasi sukan | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur,bahagian,dll.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Ekonomi bermaksud 1.ilmu berkenaan pengeluaran,pengagihan,penggunaan barang 2.istem pengendalian sumber kekayaan. Sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga. Oleh itu kata di atas bermaksud penyatuan /penggabungan ekonomi atau sukan. | Makna | 28.01.2008 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggabungan bahasa Inggeris. Contoh : internalnya. Perlukah diletakkan sengkang 'internal-nya' atau 'internalnya'? Jika internalnya, tanpa sengkang, haruskah diitalikkan internal sahaja? Begitu juga dengan perkataan arab yang berimbuhan? Diitalikkan kata asingnya sahaja? Sekian, terima kasih. | Padanan untuk kata bahasa Inggeris ‘internal’ ialah ‘dalaman”. Peraturan bahasa Melayu tidak membenarkan perkataan bahasa Melayu digabungkan dengan perkataan bahasa lain, kecuali perkataan asing tersebut telah diserap dalam bahasa Melayu dan melalui proses pembentukan istilah bahasa Melayu. Kata pinjaman harus dieja miring (italik) dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.01.2015 |
Daripada perkataan "kaji", terbit perkataan "mengaji" hasil daripada penggabungan antara kata dasar "kaji" dengan awalan me-, dan huruf pertama k dalam perkataan "kaji" berubah menjadi ng. Saya memahami pembentukan kata terbitan "mengaji". Apa yang tidak saya fahami ialah mengapakah wujud bentuk "mengkaji"? Adakah ini suatu kekecualian dalam tatabahasa? Pada pengetahuan saya, apabila huruf k bergabung dengan awalan me-, huruf k itu pasti berubah menjadi ng, kecuali kata yang dipinjam daripada bahasa lain. Minta tuan jelaskan keadaan ini. | Apabila awalan meN- digabungkan dengan perkataan kaji, huruf pertamanya tidak berubah untuk membentuk perkataan “mengkaji”. Hal ini berlaku kerana terdapat perkataan “mengaji” yang membawa maksud yang berbeza. | Tatabahasa | 23.12.2014 |
MAKSUD PERKATAAN 'PERPADUAN' | Makna perkataan ini ialah penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll). Untuk mengetahui makna, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.02.2009 |
Bolehkah dua kata sendi nama bergabung? | Tidak ada contoh penggabungan kata sendi dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 02.12.2010 |
salam, apakah faktor kesalahan pengguna atau penulis yang sering kali melakukan kesalahan dalam penggabungan kata majmuk rangkaian bebas iaitu 'kenalpasti" yang sepatutnya dijarakkan? jelaskan. | Antara faktor yg menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa ialah ketiadaan seseorang dalam ilmu bahasa khususnya dalam bidang tetabahasa. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. T.kasih. | Lain-lain | 03.10.2016 |
Mohd Yassin Mohd Yunus SEL 10.21 PTG CADANG ISTILAH Mungkin perlu juga digunakan sistem penggabungan dua perkataan untuk membentuk istilah baharu. Ini bagi menjadikan korpus perbendaharaan lebih sesuai dengan arus zaman. Contoh: 1. 'charging' = isirus; [isi] + [arus] Istilah 'cas' atau 'mengecas' dalam Bahasa Melayu bukan tidak ada. Cuma, maksudnya jauh dari yang selalu orang gunakan (menahan kaki orang berjalan/berlari dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh). 2. 'boarding' = naikapal; [naik] + [kapal] 'Boarding' atau 'board' dalam maksud sebenar Bahasa Melayu, selain "berasrama", "papan", "naik" dan "barisan", tidak mempunyai semantik yang cukup mendalam bagi maksud ayat "menaiki kapal". Dan memandangkan kapal adalah satu-satunya jenis kenderaan yang seseorang boleh 'board'/'boarding', maka mengapa tidak digabungkan saja, supaya penutur Bahasa Melayu tidak pula terkeliru dengan menggunakan perkataan tersebut untuk kenderaan lainnya. Contoh ayat: "Kamil mengisirus telefon bimbitnya di surau lapangan terbang, sebelum dia menaikapal." Saya ada beberapa cadangan istilah lain yang saya simpan bagi memperkaya lagi perbendaharaan kata bangsa kita. Saya senaraikan sebahagiannya: 1. 'tesat' ([temu] + [sesat]), yang bermaksud menemukan sesuatu dalam keadaan sesat (biasanya pengajaran/pelajaran). Tamsil guna: "Jaidi tesat di Kuala Lumpur, bahawa kebahagiaan yang dicarinya, ada di kampung halaman." 2. 'pedata' ([pesan] +[dalam] + [talian]), ya | Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cadangan pembentukan istilah baharu yang tuan cadangkan. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka yang terlibat dengan projek pembentukan istilah. | Istilah | 17.10.2017 |
apakah maksud integrasi,transformasi,persepsi,stereotiep,survivor....saya perlukan sekarang juga tolong.............. | Integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur,, bahagian,dll)menjadi satu kesatuan. Transformasi bermaksud perubahan bentuk(sifat,rupa, keadaan dll) Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, tanggapan. Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri yang baru atau asli. Survivor bermaksud yang terselamat. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 28.01.2008 |
perpaduan | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna perkataan ini, berdasarkan Kamus Dewan, perpaduan ialah penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; | Istilah | 07.06.2009 |