Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gam.ba.ran] | ڤڠݢمبرن

Definisi : 1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gam.ba.ran] | ڤڠݢمبرن

Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan dll) membuat gambar dgn menggunakan kamera dll utk tayangan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggambaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu boleh atau tidak perkataan Visualisasi digunakan bagi perkataan Inggeris 'Visualisation'. Sebabnya ia lebih tepat dari perkataan melayu iaitu 'Penggambaran'. Kalau 'Gambar' maka 'Picture' pun gambar juga.Tidak ada perkataan visualisasi dalam Kamus Dewan. Visualtisation bermaksud penggambaran, pembayangan.Tatabahasa25.02.2007
saya hendak tahu makna sebenar perkataan perspektif(perspéktif) 1. cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda dll pd permukaan yg rata sebagaimana yg kelihatan dr sesuatu tempat pd mata seseorang; 2. pandangan (pentafsiran) yg wajar bkn sesuatu dgn memperkirakan bahagian-bahagiannya dlm hubungan keseluruhannya: logika dan ~ amat penting dlm menghadapi hal ini; oleh yg demikian ~ latihan hendaklah dilihat dr sudut lain.Makna24.10.2007

Kembali ke atas