| selamat sejahtera, saya ingin tahu 1) maksud perkataan MENGGANDINGI.. ianya sempena Hari Kastam Sedunia,, saya nampak perkataan ini digunakan.. 2) adakah penggunaan perkataan ini betul? | Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2005) dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), tidak merakamkan kata "menggandingi" dan maknanya. Kata yang terakam ialah kata ganding1, berganding, bergandingan, mengganding, menggandingkan, mempergandingkan, gandingan, pengganding, dan seganding. Turut dirakamkan kata ganding2 (tumbuhan) dan ganding3 (berlabel Minangkabau). Untuk maklumat berkenaan makna dan contoh penggunaan kata tersebut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP (halaman 622-623). | Makna | 24.01.2024 |
| Bagaimana cara untuk mengeja peralatan jurutera kepada bahasa melayu. Sebagai contohnya Gear, Bearing, Inverter, Hoist, Burner, Boiler, Pulley dan Coupling | Padanan bahasa Melayu bagi istilah gear ialah gear, bearing ialah galas, inverter ialah penyongsang, hoist ialah pengangkat, burner ialah penunu, boiler ialah dandang, pulley ialah kapi, dan coupling ialah pengganding. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.11.2022 |