| Tuan, Kalaulah kata hubung pasangan walaupun.... namun tidak terdapat dapat Tatabahasa Dewan, apakah penggantinya? Bolehkah saya menggunakan walaupun....tetapi.... Misalnya, Walaupun dia pandai tetapi malas belajar. Ayat ini gramatis? Sekian, terima kasih. | Dalam ayat contoh yang diberikan, saudara hanya perlu menggunakan perkataan walaupun, kemudian diletakkan tanda koma (,) sahaja, tidak diikuti oleh tetapi. Contoh ayat: Walaupun pandai, dia malas belajar. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253. | Tatabahasa | 31.05.2010 |
| salam. apakah perkataan yang sesuai untuk menyatakan keadaan apabila pelapis dalam sesuatu bidang sentiasa mempunyai penggantinya. sebagai contoh "untuk memastikan keberterusan rantaian pelapis dalam bidang pertanian." adakah "keberterusan rantaian" itu ialah laras bahasa yang sesuai untuk menggambarkan keadaan tersebut. mohon penjelasan, terima kasih. | "Keberterusan" dan "kesinambungan", kedua-duanya mempunyai maksud yang hampir sama (rujuk Kamus) dan boleh digunakan dalam konteks yang tersebut. | Lain-lain | 15.08.2025 |