http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=suspense penggantungan: ~ of players is recommended for more serious violation of the rules, penggantungan pemain-pemain dicadangkan bagi pemain yg melanggar peraturan yg serius; n 1. a. postponement, temporary revocation, penangguhan: the disorder that forced the ~ of the meeting, kekacauan yg menyebabkan penangguhan mesyuarat itu; Pentafsiran ini salah. Perkataan yang betul ialah "suspension", bukan "suspense" | Salam sejahtera, Kami mengambil maklum akancadangan yang dikemukakan dan akan menyalurkan cadangan tersebut kepada bahagian yang bertanggungjawab. Terima kasih. | Lain-lain | 04.07.2020 |
Apakah perbezaan antara perkataan 'pergantungan' dengan 'penggantungan'? Boleh beri contoh ayat untuk setiap maksud yang ada daripada kedua dua perkataan ini. | Pergantungan merupakan perihal bergantung atau mengharapkan pertolongan atau bantuan orang lain. Contoh dalam ayat, “Mak Siti merupakan satu-satunya tempat pergantungan Aida selepas kematian ibu bapanya.” Manakala penggantungan pula bermaksud perihal menggantung, tempat menggantung sesuatu dan tempat menggantung orang. Contoh dalam ayat, “Kerja-kerja penggantungan bingkai gambar di rumah banglo itu memakan masa yg agak lama.” | Makna | 07.01.2021 |
Mohon kelulusan DBP untuk tujuan penggantungan Banner. Terima kasih | Untuk makluman, DBP hanya mengesahkan sepanduk dalam bahasa Melayu. Sila terjemah kepada bahasa Melayu dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) | Lain-lain | 03.07.2013 |
Tuan/Puan, Saya ingin membuat permohonan penggantungan baner di beberapa kawasan di sekitar Johor Bahru. Oleh itu pihak tersebuat meminta surat kelulusan daripada pihak Dewan Bahasa. Justeru itu, amat lah saya hargai sekiranya pihak tuan dapat memeriksa ejaan atau tutur kata di atas baner tersebut mengikut prospek yang sebenar. | Untuk makluman tuan, DBP tidak mengeluarkan surat kelulusan. DBP mengesahkan penggunaan bahasa yang digunakan dalam iklan melalui perkhidmatan yang boleh diperoleh secara dalam talian. Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 06.05.2015 |
Salam sejahtera, saya ingin membuat pertanyaan untuk penggantungan bunting iklan perlu kelulusan pihak dewan bahasa dan pustaka. Jadi bagaimana saya perlu menghantar dan format apa yang diperlukan? | Soalan tuan berkaitan dengan visual pengesahan bahasa Melayu pada iklan. Sila layari dbpsahbahasa.my untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 16.06.2020 |
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantungan | Ejaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini. | Ejaan | 15.10.2008 |