Salam sejahtera! Difahamkan perkataan set adalah perkataan yang diterima di dalam kamus, maka bolehkah perkataan ini disambungkan dengan imbuhan, contohnya: "Tolong setkan penggera pada jam 2 petang." Sekian, terima kasih! | Menurut data kami, ayat yang betul ialah tolong setkan penggera pada pukul 2 petang. | Tatabahasa | 12.05.2020 |
build-in alarm system dalam istilah BM terima kasih | Sdr. Chee Koi Lee, istilah BM bagi built-in system ialah sistem penggera terbina dalam. Terima kasih kerana menggunakan KNBDBP. | Istilah | 23.02.2009 |
Assalamualaikum, saya Nor Adirah. Maaf, bolehkah saya mendapatkan khidmat terjemahan untuk senarai yang telah saya lampirkan. Terjemahan daripada penggunaan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dengan betul. "Voice" ini digunakan dalam sistem penggera yang berbentuk arahan. Harap dapat membantu. Terima kasih. | Salam sejahtera, Puan, Sila beri padanan dalam bahasa Melayu terlebih dahulu untuk pihak DBP menyemak kesesuaian padanan tersebut. Puan juga boleh mendapatkan perkhidmatan melalui Persatuan Penterjemah Malaysia. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 23.12.2019 |
Apakah panggilan "Uninstall" dalam bahasa Melayu? Uninstall adalah berasal dari perkataan install tetapi ini adalah untuk membuka aplikasi yang telah dipasang (Install). Panggilan bagi uninstall tidak terdapat dalam DBP. Apakah panggilan "Snooze" dalam bahase Melayu? snooze ialah tetapan penggera pada telefon bimbit. Akan berbunyi dalam waktu yang ditetapkan berulang kali. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk uninstall dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang kami cadangkan ialah nyahpasang. Istilah snooze akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 20.01.2012 |