Salam tuan/puan/cik. Yang mana lebih tepat untuk slogan berikut: 1. REFLEKSI DIRI, PENGGERAK DAKWAH 2. REFLEKSI DIRI PENGGERAK DAKWAH Perlukah meletak koma? Terima kasih. | Sebaiknya diletakkan tanda koma. Walau bagaimanapun slogan ini kurang sesuai kerana tidak membawa makna. | Lain-lain | 21.02.2017 |
Adakah ayat berikut tepat Membaca penggerak kalam ilmu Kalam beerti pen. | Ayat yang dikemukakan oleh saudara mengelirukan, “Membaca penggerak kalam ilmu Kalam beerti pen.” Ayat tersebut juga salah. Cadangan ayat: 1.Membaca jambatan ilmu. 2.Membaca menambahkan ilmu. | Tatabahasa | 25.02.2014 |
salam. saya mendapat satu tugasan bagi tajuk 'Transformasi kepimpinan Nadi Penggerak Modal Insan'. namun saya menghadapi sedikit kekeliruan. diharapkan pihak tuan/puan dapat menjelaskan dan menghuraikan kehendak topik ini. terima kasih atas kerjasama yang diberikan. | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Laman web www.prpm.dbp.gov.my membolehkan saudara mencari makna setiap perkataan tetapi tidak ada makna untuk keseluruhan frasa. Oleh itu, kami cadangkan saudara berbincang dengan penganjur yang menyediakan tugasan berkenaan serta membuar rujukan melalui artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 10.02.2012 |
Merujuk kepada soalan sebelum ini, saya melihat satu ayat pada dinding pusat sumber sekolah iaitu : "Membaca Penggerak Kalam Ilmu" Saya telah mencari maksud kalam (pen), jadi saya beranggapan ayat tersebut tidak tepat maksudnya. Adakah pendapat saya benar? Jika benar, saya akan maklumkan kepada pihak pusat sumber sekolah untuk menukar slogan tersebut. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "kalam" bermaksud pena atau kata. Oleh itu, "kalam" memang tidak sesuai dan tidak tepat penggunaannya dalam dalam konteks tersebut. | Makna | 21.03.2014 |
Assalamualaikum... info...buku terbit sendiri ( Buku Kerja Pelajar Sekolah ) 1. Kerja sama DBP dengan penulis? 2. Adakah bantuan/dana penggerak? Sekian.TQ. | Untuk makluman, DBP tidak menerbitkan buku terbit sendiri. Bagi penerbitan buku kerja pelajar sekolah atau buku sokongan pendidikan, penerbitannya akan diuruskan oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Proses penerbitan dilakukan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Dimaklumkan juga tiada dana galakan diberi kepada penulis. | Lain-lain | 02.04.2020 |
bingcangkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memperkembangkan Bahasa Melayu. | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. | Lain-lain | 05.04.2008 |
apakah peranan dewan bahasa dan pustaka dalam memperkasa dan memperkembangkan bahasa melayu | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan. | Lain-lain | 03.02.2009 |
Apakah terjemahan bagi "chemical specialty"? Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'kimia terkhusus'? Apakah pula terjemahan bagi "excludable" dan "excludable goods"? Adakah terjemahan berikut sesuai untuk setiap frasa berikut: utility lever : tuil penggerak nilai kebergunaan noncustomers : golongan bukan pelanggan price corridor for the mass : koridor harga untuk orang ramai strategic pricing : penentuan harga strategik target costing : penentuan kos sasaran professional lighting industry : industri pencahayaan profesional | Cadangan terjemahan bagi istilah "chemical speciality" ialah "pengkhususan dalam bidang kimia" atau "kimia khusus" bergantung pada konteks dan situasi. Cadangan terjemahan bagi "excludable" ialah "boleh kecuali" dan "excludable goods" ialah "barangan yang boleh dikecualikan". Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah mengikut konteks dan situasi. Bagi soalan berikutnya, sila susun dan senaraikan dengan betul untuk memudahkan pihak kami menjawabnya. | Istilah | 11.12.2009 |
sejauh mana bahasa melayu telah tersebar? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan. | Lain-lain | 18.10.2010 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut? 1. Mussel Walking Wheels 2. Oyster Farm Upwellers 3. Pearl Shell Cleaning Machines Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: 1. Mussel Walking Wheels - Roda Penggerak Rawai Kupang 2. Oyster Farm Upwellers - Alat Penaik Ladang Tiram 3. Pearl Shell Cleaning Machines - Mesin Pembersihan Cangkerang Mutiara | Istilah | 28.01.2016 |