Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gi.lap] | ڤڠݢيلڤ

Definisi : 1. bahan (alat) yg digunakan utk menggilap sesuatu: ~ kasut; 2. orang yg menggilap sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gi.lap] | ڤڠݢيلڤ

Definisi : bahan yg digunakan utk menggilap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggilap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As'salam. Saya editor bagi sebuah syarikat penerbitan. Saya ingin menyemak tentang produk 'berus penggilap kasut' yang lazimnya dipanggil berus kasut yang digunakan untuk menggilap kasut. Bolehkah saya gunakan 'berus penggilap kasut' untuk menggantikan 'berus kasut' yang digunakan untuk menggilap kasut?Penggilap bermaksud alat yang digunakan untuk menggilap sesuatu seperti kasut. Alat dalam konteks tersebut berkemungkinan berus, kain atau lain-lain material. Oleh itu, jika alat berkenaan hendak dikhususkan kepada berus sahaja, maka frasa berus penggilap kasut boleh digunakan. Walau bagaimanapun penggunaan frasa berus kasut juga betul kerana berus juga digunakan untuk mencuci dan menggilap kasut.Istilah06.06.2018
Kakak menggilap se------------- cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada se------------- kain buruk. A. buah...helai B biji.....cebisAyat yang betul - Kakak menggilap sebiji cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada sehelai kain buruk. Tatabahasa11.08.2010

Kembali ke atas