| SAYA PERLUKAN KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DARI DBP UNTUK MEMOHON LESEN KOMPOSIT. BAGAIMANA CARA NYA? | Sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 12.01.2018 |
| terdapat beberapa perkataan yang ejaan betulnya telah dipersetujui seperti sama ada reka bentuk dsbnya. Tetapi apabila menggunakan perkhidmatan PRPM masih ada lagi perkataan yang ejaan nya salah seperti samada, rekabentuk. Jadi ini mengelirukan terutama pelajar sebab ia ada dalam PRPM DBP yang dianggap sentiasa betul. Harap maklum. | DBP sentiasa memastikan maklumat yang dipaparkan dalam PRPM sentiasa betul. Oleh sebab itu, PRPM menyediakan pilihan perkhidmatan bergantung pada keperluan pengguna. Sekiranya pengguna ingin menyemak ejaan, silalah klik Khidmat Nasihat Bahasa. Contohnya, taip samada, klik Khidmat Nasihat Bahasa, semua jawapan yang diberikan memaklumkan ejaan “sama ada’ yang tepat. | Ejaan | 24.02.2014 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya adalah salah seorang pekerja di syarikat HH TECH ENGINEERING yang bertanggungjawab untuk pemasangan papan tanda rakan kongsi syarikat kami yang baharu. Setelah membuat permohonan mempamerkan papan tanda ke Majlis Perbandaran Seri Manjung, Perak mereka meminta untuk pihak saya membuat permohonan pengesahan bahasa bagi papan tanda tersebut. Apakah cara prosedur nya Puan? | Untuk pengesahan iklan, sila kemuakan lakaran visual iklan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Untuk pengguna baharu, sila daftar akaun terlebih dahulu dan setelah memperoleh kata laluan, masuk semula dalam sistem berkenaan dan pilih Daftar Iklan. | Lain-lain | 09.11.2017 |