Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.na.an] | ڤڠݢوناءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gu.na.an] | ڤڠݢوناءن

Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggunaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang penggunaan "didapatkan" dalam penggunaan BM, sama ada diterima atau tidak, dan adakah ayat berikut salah dari segi penggunaan bahasa dan/atau tatabahasanya: "Beliau meninjau barangan murah yang boleh didapatkan langsung dari gudang, seterusnya membeli dan menjual semula barangan tersebut melalui Facebook." Saya juga ingin bertanya sama ada ayat berikut sesuai digunakan dalam penulisan atau mengandungi bahasa pasar: "Pada masa itu, beliau tidak berapa menghiraukan nasihat tersebut." Mohon cadangan pembaikan, jika perlu.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Beliau meninjau barangan murah yang boleh didapatkan secara langsung dari gudang, seterusnya membeli dan menjual semula barangan tersebut melalui Facebook.
  2. Pada masa itu, beliau tidak begitu menghiraukan nasihat tersebut.
Tatabahasa29.04.2019
Penggunaan ucaptama , ucap utama atau ucapan utama. Manakah yang betul untuk digunakan?Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan.Ejaan03.02.2020
Penggunaan perkataan uniselular atau unisel yang lebih tepat bagi merujuk satu sel?Perkataan yang betul bagi merujuk satu sel ialah unisel.Ejaan15.02.2020
Penggunaan dalam ayat: Sehubungan dengan itu, atau Sehubungan itu, yang mana satu betul penggunaannya. terima kasihFrasa yang paling tepat ialah Sehubungan dengan itu.Tatabahasa21.11.2019
Penggunaan huruf besar pada perkataan perlu digunakan pada permulaan ayat atau selepas tanda titik. Maka jerit perlu dieja dengan huruf kecil ("Hei, jangan pergi!" jerit Ali.) Boleh tuan terangkan mengapa selepas tanda serua dan tanda soal ! dan ? tidak dimulakan dengan huruf besar. Bukankah dua tanda ini biasanya dikira sebagai akhiran dan selepasnya dimulai huruf besar.Tanda soal atau tanda seru mengakhiri ayat yang dibina, maka ayat baharu selepasnya hendaklah bermula dengan huruf besar.Tatabahasa25.10.2019
Penggunaan yang betul antara "belia tunggak negara" atau "belia tonggak negara"?Jawapan yang lebih tepat ialah "belia tonggak negara"Lain-lain02.09.2019
Penggunaan 'tanda hubung' (-). Boleh kah saya tahu bilakang tanda ini boleh diguna pakai di dalam ayat. Sebagai contoh. Pra-beli. Pra-tempahan. Adakah ini dibolehkan? Kerana fokus pembinaan ayat ini adalah untuk menunjukkan pembelian awal atau tempahan awal.Tanda sempang ialah garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata, tanda hubung atau sengkangTatabahasa23.07.2019
Penggunaan mana yang betul antara dilaluan atau di laluan?dilaluan (dirapatkan). Namun begitu, jawapan yang paling tepat ialah pada laluan.Ejaan27.06.2019
Penggunaan UNIT atau Premis Komersial Untuk DisewaKedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain15.04.2019
Penggunaan yang betul bagi singkatan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina: SJKC atau SJK (C)?
Menurut data kami, tiada panduan khusus tentang cara penulisan singkatan tersebut. Walau bagaimanapun, cara penulisan singkatan oleh KPM ialah SJKC bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Lain-lain29.01.2019
12345678910...

Kembali ke atas