Minta bantuan ejaan jawi untuk : 1)PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA Terima Kasih | PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA = ڤرخدمتن ڤڠهانترن سݢرا | Lain-lain | 01.01.2020 |
assalamualaikum saya ingin mendapat khidmat nasihat penerbitan untuk penghantaran artikel. jadi untuk memudahkan penghantaran boleh saya mendapatkan nombor individu yang terlibat atau emel dalam bidang penerbitan. selain itu, saya juga ingin mengetahui panduan untuk penulisan artikel gaya Dewan. terima kasih. | Alamat e-mel editor setiap majalah DBP ada tertera dalam majalah itu. Gaya Dewan hanyalah gaya penerbitan, bukannya gaya penulisan. Artikel untuk majalah hanya perlu bertaip dua langkau menggunakan perisian Words dan boleh terus dihantar ke alamat e-mel editor majalah DBP. | Lain-lain | 26.05.2009 |
Minta bantuan ejaan jawi untuk 1) PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRESS 2) PUSAT INFOMASI | 1. PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRES = ڤرخدمتن ڤڠهانترن ايکسڤريس 2. PUSAT INFORMASI = ڤوست اينفورماسي | Lain-lain | 01.01.2020 |
Saya keliru tentang perkataan seluruh. Jika seluruh negara digunakan adakah ia meliputi satu dunia? Atau hanya melibatkan negara individu? Contoh ayat, "Adakah penghantaran ini meliputi seluruh negara?" Adakah penghantaran tersebut merangkumi satu dunia atau Malaysia sahaja? Terima kasih. | Frasa seluruh negara (contoh: Malaysia) hanya meliputi negara (Malaysia) tersebut sahaja dan tidak melibatkan negara lain. | Makna | 24.01.2019 |
Saya membuat langganan majalah dewan pelajar selama setahun hingga Julai 2020. Alamat penghantaran majalah didik saya adalah di Tingkat 6, Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 KL. Memandangkan perintah kawalan oleh kerajaan yang bermula dari 18/3 hingga 28/4/2020, saya ingin membuat permohonan pada pihak tuan supaya penghantaran majalah tersebut boleh di buat di alamat saya yang telah didaftarkan dalam rekod pendaftaran pengguna sistem dbp. Harapan saya semoga tindakan ini dapat dilakukan segera memandangkan anak saya amat memerlukan majalah tersebut sebagai bahan ulangkaji untuk UPSR pada tahun ini. Terima kasih. | Salam sejahtera, PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI PEMBELIAN BUKU DBP SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh PKP ini urusan pembelian buku/majalah dalam talian dan di kedai buku DBP ditangguhkan operasi buat sementara waktu. Segala kesulitan berhubung perkara di atas amat dikesali dan pihak kami memohon maaf. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 10.04.2020 |
Adakah ayat "Borang yang dikemukakan melalui pos" bermaksud borang dihantar melalui pejabat pos sahaja atau bermaksud borang dihantar melalui pejabat pos dan perkhidmatan pengiriman cepat (courier service) sahaja. STK | Penghantaran sesuatu benda melalui perkhidmatan kiriman cepat juga dikira sebagai penghantaran melalui pos. | Istilah | 16.03.2010 |
ujian BSM-ujian penghantaran emel | ini merupakan ujian BSM | Ejaan | 28.04.2020 |
ZMF Enterprise PERKHIDMATAN PENGHANTARAN KE RUMAH DISEDIAKAN | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Jika pengesahan bahasa dalam iklan, sila lakukan carian melalui Google portal DBP Sah Bahasa melalui www.dbpsahbahasa.my . | Makna | 09.06.2017 |
PEJABAT URUSAN DAN PENGHANTARAN DATEX LOGISTICS SDN.BHD. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 13.01.2012 |
GD Express | Penghantaran cepat | Istilah | 14.05.2007 |