1. Maksud pengiktirafan di tempat kerja dan kaitan dengan penghargaan.sekian, terima kasih. | Penghargaan bermaksud memberi pengiktirafan kepada seseorang berdasarkan sumbangan atau perkhidmatannya. Dalam konteks ini pengiktirafan di tempat kerja adalah penghargaan terhadap sumbangan atau perkhidmatan pekerja. | Lain-lain | 14.12.2009 |
minta bantuan contoh ayat yang tepat dalam sijil penghargaan dan sijil penganugerahan | Penggunaan ayat dalam sijil penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis penyampaian peraduan esei, ayat yang boleh digunakan ialah: Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nor Khalid Musi kerana terpilih sebagai pemenang tempat pertama Peraduan Mengarang Esei 2009. | Tatabahasa | 14.11.2009 |
Majlis Penghargaan Pengguna Terbaik Bulanan Perpustakaan KBS @ Pengguna Bulanan terbaik | Pengguna Terbaik Bulanan | Tatabahasa | 14.01.2011 |
contoh surat penghargaan dan terima kasih di atas pencalonan | Maklumat yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan surat-menyurat tertakluk pada peraturan yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing dengan berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43. Untuk melihat penggunaan bahasa dalam surat rasmi, tuan boleh merujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi dan Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar. | Lain-lain | 19.12.2012 |
Assalamualaikum Bole kah saya mendapatkan contoh surat ucapan terima kasih atau contoh surat Penghargaan. sekian terima kasih zaidi jpb kel | Untuk makluman saudara, penggunaan ayat dalam surat ucapan terima kasih atau surat penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis gotong-royong, ayat yang boleh digunakan ialah: Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saudara Zaidi Abu Bakar kerana telah menyumbangkan khidmat bakti dalam menjayakan Majlis Gotong-Royong yang telah diadakan pada 2 Februari 2010. | Lain-lain | 11.02.2010 |
Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah betul; 1. Keluarga Ali mengucapkan terima kasih yang berbanyak-banyak kepada penderma itu. 2. Ali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir pada hari itu. | Ayat yang gramatis ialah: 1. Keluarga Ali mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penderma itu. 2. Ali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir pada hari itu. | Tatabahasa | 24.10.2012 |
terima kasih saudara | Terima kasih atas penghargaan yang diucapkan. Terus bersama-sama DBP memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Bahasa Jiwa Bangsa. | Lain-lain | 20.10.2010 |
Assalamualaikum, Tuan, saya ingin mengetahui panggilan yang sesuai untuk digunakan dalam surat penghargaan kepada lelaki dan perempuan. Bolehkah saya menggunakan panggilan 'Tuan' untuk kedua-dua jantina penerima atau saya perlu gunakan 'Tuan' untuk merujuk kepada penerima lelaki dan 'Puan' untuk merujuk kepada penerima perempuan? Sekian, terima kasih. | Sapaan yang betul ialah tuan bagi lelaki dan puan bagi perempuan. Walau bagaimanpun jika penerimanya ramai dan terdiri daripada lelaki dan perempuan, maka hendaklah ditulis tuan/puan. | Tatabahasa | 13.06.2011 |
cenderahati atau cenderamata | cenderamata- seperti sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda penghargaan. | Istilah | 13.03.2012 |
Salam Sejahtera, Soalan yang meyebabkan kekeliruan adalah berbuyni seperti berikut : Soalan : Murid itu ____________________ sijil penghargaan oleh guru besar. Jawapan : A) dianugerahi B) dianugerahkan Sila rujuk kepada : Tata Bahasa Dewan muka surat 196, Edisi 1995/1996. di mana, jawapan yang sesuai adalah “dianugerahi” Tolong jelaskan , terima kasih | Yang betul ialah menghadiahkan. Untuk pengetahuan tuan/puan "menghadiahi" hendaklah diikuti dengan kata nama atau objek yang bernyawa. Contohnya, Ayah menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan yang terkini. | Tatabahasa | 07.11.2008 |