Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penghawa dingin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya dari sudut sintaksis dan semantik bagi perkataan 'penghawa dingin'. Adakah kita patut mengujarkannya sebagai 'penghawa dingin' atau sebagai 'pendingin hawa'? Cuba teliti bentuk dibawah. peN- bermaksud alat atau orang yang melakukan sesuatu yg terkandung dlm kata akar hawa bermaksud udara dingin bermaksud sejuk Jadi adakah 'penghawa dingin' bermaksud 'alat yang mengudarakan sejuk'? ataupun kita mengujarkan 'pendingin hawa' yang bermaksud 'alat yang menyejukkan udara'?

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak pernah menggunakan istilah 'Penghawa Dingin'

bahkan istilah 'Pendingin Udara" yang selalu digunakan. (sila rujuk KD4 di bawah entri dingin)

 

Lain-lain03.02.2009
Merujuk latihan dalam buku teks tahun 6 muka surat 125, yang mana betul penghawa dingin atau pendingin hawa, kata mutiara atau mutiara kata. Dalam buku panduan guru jawapan yang diberi penghawa dingin dan kata mutiara. Saya mohon penjelasan lanjut kerana agak keliru dengan jawapan yang diberi.Selamat petang,
1.Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa atau penghawa dingin ialah istilah lama.
2.Istilah yang betul ialah mutiara kata.

Sekian terima kasih.
Lain-lain27.06.2012
Penghawa dingin atau pendingin hawa untuk istilah lama.Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa.Istilah15.11.2014
penghawa dingin atau pendingin hawaYang betul ialah pendingin hawa. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara.Istilah19.04.2009
alat penghawa dingin atau alat penyaman udara? manakah yang betul? tunggang-langgang boleh mengambarkan keadaan sesuatu kejadian?i. Pendingin hawa. ii. Tungang-langgang bermaksud berlari poatang panting (lintang-pukang), berguling, tidak rata. Jadi perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks kejadian.Tatabahasa26.03.2008
pendingin hawa @ penghawa dingin ? Mana yg betul? Terima kasih.Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Istilah09.02.2011
pendingin hawa atau penghawa dingin ataupun penyaman udara.Mana satukah yang betulIstilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa.Istilah09.10.2012
pengdingin hawa atau penghawa dingin?Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa.Istilah27.09.2012
mana satu betul, penghawa dingin atau pendingin hawa?Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Istilah15.05.2011
Mana yang betul penghawa dingin atau pendingin hawa? Terimakasih.

Puan Rita,

Perkataan yang betul ialah pendingin hawa.

Istilah29.12.2010
12345

Kembali ke atas