(a) Adakah kata kerja "menangani" boleh membawa maksud "mengatasi", misalnya dalam konteks menangani gejala sosial? Berpandukan Kamus Dewan, kata tersebut yang bermaksud "mengatasi" tidak diungkapkan. Dan, adakah kata ini terjemahan daripada kata bahasa Inggeris "to handle" (the social problem)? (b) Kata nama terbitan bagi "berhijrah" ialah "penghijrahan", "melibatkan" ialah "penglibatan", dan "melihat" ialah "penglihatan" Mengapakah kata nama terbitannya bukan "perhijrahan", "pelibatan", dan "pelihatan"? | Maksud pertama menangani ialah mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, mengusahakan, seperti contoh: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh. Berpandukan keterangan itu, frasa menangani gejala sosial, adalah betul, menangani di situ bemaksud mengusahakan (sama seperti contoh ayat dalam Kamus Dewan) dan terjemahan ini boleh digunakan untuk to handle the social problem. Kata terbitan perhijrahan juga ada dan membawa maksud perbuatan atau perihal berhijrah, perpindahan. Sekian. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Antara penghijrah dan pehijrah, yang manakah yang betul? Kamus Dewan mempunyai entri pehijrah, manakala di bawah entri migran, ada perkataan penghijrah. Adakah terdapat apa-apa perbezaan antara dua perkataan ini? | Sdr Lim, Untuk makluman sdr kedua-dua kata “penghijrahan” dan “pehijrah” mempunyai maksud yang sama, iaitu perihal orang yang berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Kedua-dua kata ini ditambah imbuhan peng-...-an dan pe-. Manakala kata “migran” juga menggambarkan orang yang berpindah. Perbezaan yang ketara dalam kata ini, iaitu “hijrah” berasal daripada kata bahasa Arab dan “migran” berasal daripada bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 25.06.2009 |