Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hi.sa.pan] | ڤڠهيسڤن

Definisi : 1. perihal (perbuatan) meng­hi­sap, penyedutan; 2. ki pemerasan, peme­rahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hi.sa.pan] | ڤڠهيسڤن

Definisi : perbuatan atau hal menghisap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hisap
Kata Terbitan : menghisap, hisapan, penghisapan, penghisap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dalam KBSR digunakan perkataan 'penyerapan nilai' manakala dalam KSSR menggunakan 'penerapan nilai'. kedua-dua perkataan tersebut merujuk kaedah pengajaran. Adakah penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam konteks pengajaran?

Kamus Dewan mentakrifkan penyerapan sebagai proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran), penerimaan (dan penyebatian).


Penerapan pula ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain); perihal (perbuatan dan sebagainya) mene­rapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan  mempraktikkan.


Berdasarkan takrifan, penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam pengajaran.

Tatabahasa10.04.2013

Kembali ke atas