Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.bu.ngan] | ڤڠهوبوڠن

Definisi : perihal atau perbuatan meng­hubungkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hu.bu.ngan] | ڤڠهوبوڠن

Definisi : perbuatan (cara dsb) menghubungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan penggunaan perkataan perhubungan dan penghubungan.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perhubungan ialah hal berhubung; perkait­an; pertalian: Contoh ayat, Tidak terdapat sebarang perhubungan antara kedua-dua kejadian itu, maksud kedua Alat untuk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll). Contoh ayat, Semua perhubungan di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat telah terputus akibat banjir dan maksud ketiga cara orang, negara dan lain-lain berhubung antara satu dengan yang lain, contoh Perhubungan dagang pun bermula antara negeri China dengan Melaka.

Berbeza pula dengan maksud penghubungan yang menerangkan perihal atau perbuatan (cara dsb) menghubungkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam istilah kesenian. Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain.

Lain-lain07.12.2017
Salam sejahtera. Berdasarkan laman sesawang PRPM, 'Correspondence Analysis' diterjemahkan kepada analisis penghubungan untuk aspek kewangan. Adakah 'Correspondence Analysis' untuk teknik statistik multivariat menggunakan istilah yang sama dengan aspek kewangan? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "correspondence analysis"  untuk teknik statistik multivariat ialah analisis penghubungan atau analisis koresponden.  Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Istilah09.05.2021
Salam Sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "contact info"? 1. Maklumat perhubungan 2. Maklumat penghubungan Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk contact info ialah "maklumat perhubungan".Penyemakan dan penterjemahan29.09.2022

Kembali ke atas