Mohon pencerahan untuk penggunaan titik noktah di penghujung ayat. Sekiranya penggunaan YBhg. Prof. Dr. di penghujung ayat, adakah YBhg. Prof. Dr. atau YBhg. Prof. Dr.. Adakah betul sekiranya ada dua titik noktah di penghujung ayat. Contoh ayat : "Bersama-sama ini dilampirkan Atur Cara Majlis Sambutan Hari Kitar Semula 2017 seperti di Lampiran 1 untuk perhatian YBhg.Prof. Dr.." Sekian, terima kasih. | Tidak perlu dua titik. Cukup satu titik sahaja. Namun begitu, Sebaik-baiknya elakkanlah penggunaan YBhg. Prof. Dr. di akhir penghujung ayat. Terima kasih. | Lain-lain | 30.10.2017 |
Mohon pencerahan. Penggunaan titik noktah di penghujung ayat. Sekiranya penggunaan YBhg. Prof. Dr. di penghujung ayat, adakah YBhg. Prof. Dr. atau YBhg. Prof. Dr.. Terima kasih. | Tidak perlu dua titik. Cukup satu titik sahaja. Namun begitu, Sebaik-baiknya elakkanlah penggunaan YBhg. Prof. Dr. di akhir penghujung ayat. | Ejaan | 26.10.2017 |
Bagaimana hendak menterjemah ucapan "bye" di penghujung perbualan telefon? | Bye-bye dalam penghujung perbualan telefon boleh diterjemahkan kepada perkataan lain yang sepadan dengan budaya kita, seperti selamat tinggal , selamat jalan atau mengakhirinya dengan ucapan salam. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.04.2015 |
Dalam memecahkan di penghujung baris perkataan yang ejaannya boleh bermula dengan mana-mana huruf 'a/e' atau 'k', contohnya alih/kalih dan embut/kembut yang menggunakan imbuhan meN, contohnya 'mengalih' dan mengembut adakah ia dipisahkan pada sukukata mengikut perubahan dari imbuhan (me-nga-lih/me-ngem-but) di mana pilihan ini menganggap kata dasar bermula dengan 'k' atau pada pecahan kata dasar (meng-a-lih/meng-em-but) di mana pilihan ini menganggap kata dasar bermula dengan 'a'? | Kata dasar bagi mengalih dan mengembut ialah alih dan embut. Dalam proses pengimbuhan, imbuhan awalan meng- akan menerima kata dasar yang di pangkal perkataan vokal. | Tatabahasa | 27.12.2013 |
Bolehkah sekiranya saya menggunakan di mana pada penghujung ayat. Seperti Dahan pokok mangga itu jatuh di mana? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Abang kamu belajar di mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 28.05.2020 |
UNTUK SINGKATAN SENDIRIAN BERHAD IAITU SDN BHD, APAKAH WAJIB UNTUK MELETAKKAN TANDA TITIK DI KEDUA DUA PENGHUJUNG SDN DAN BHD IAITU SEPERTI SDN. BHD. ATAU BOLEH JUGA TANPA TITIK SEPERTI SDN BHD | Ejaan yang betul ialah Sdn. Bhd., mesti ada tanda titik kerana ejaan tersebut ialah singkatan kepada Sendirian Berhad. | Ejaan | 24.05.2012 |
Adakah 'tagline' Bahasa Malaysia yang diberikan seperti lampiran di bawah, adalah refleksi terbaik untuk tagline dalam Bahasa Inggerisnya? Adakah translasinya tepat atau sesuai? | Tukar "Kemungkinan tiada penghujung" kepada perkataan lain kerana maksudnya tidak jelas dan tidak difahami. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.12.2016 |
Mohon Pencerahan sama ada penggunaan kata penghubung ayat di bawah berikut betul: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja DI penghujung tahun atau PADA saat akhir. | Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja pada saat-saat akhir. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 01.05.2020 |
apakah perbezaan akhirat dengan kiamat? | Kiamat ialah hari ditiupkan sangkakala dan manusia dibangkitkan dari kubur. Akhirat ialah satu alam terakhir tanpa penghujung yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Bermula apabila manusia dibangkitkan dari kubur . | Lain-lain | 19.02.2010 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih / melatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 5. 6. Aktiviti sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada / di penyidai. 8. Pohon / Pohon-pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas radang sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. Terima kasih. | Ayat yang disenaraikan ini betul, iaitu: 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 3. 6. Aktiviti ... sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada penyidai. 8. Pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas badan sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. | Tatabahasa | 11.03.2013 |