Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.lu] | ڤڠهولو

Definisi : 1. sl ketua, kepala: ~ dapur; ~ kenaikan; Nabi Muhammad SAW adalah ~ segala nabi dan rasul; 2. ketua sebuah mukim, lurah, penggawa; 3. Mn ketua (kepala) adat; 4. Id ketua yg mengurus hal-hal agama daerah, kadi; 5. Id penasihat hal-hal agama Islam dlm mahkamah negeri; ~ andeka Mn ketua adat, undang; pantangan ~ menyingsingkan lengan prb orang yg berakal budi harus banyak berfikir dan jangan terdorong oleh hawa nafsu; berpenghulukan menganggap (menjadikan) seseorang sbg penghulu, berketuakan: orang-orang Bugis ~ Raja Haji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hu.lu] | ڤڠهولو

Definisi : 1 orang yg dilantik menjadi ketua dlm sesuatu urusan: ~ istana. 2 orang yg menjadi ketua (kepala) sesuatu mukim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penghulu

Puisi
 

Belahnya belum bunyinya malam,
     Bunyi di darat rumah penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Barang bersurat dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Pantangan penghulu menyingsingkan lengan.

Bermaksud :

Orang yang berakal budi, tidak mudah terdorong oleh hawa nafsu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata penghulu kepada Sultan," Patik berasa megah kerana dapat berbicara dengan tuanku." *tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini? tq**Megah bermaksud mulia atau bangga dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Cdangan kami kata megah ditukarkan dengan kata bertuah yang membawa maksud lebih sopan dan halus.Tatabahasa15.09.2011
(1) Tuk Penghulu akan memperisterikan Azman pada hujung minggu ini. (2) Cikgu Azman akan memperisteri gadis itu pada hujung minggu ini. Bagaimanakah kita hendak menjelaskan dua objek yang berlainan jantina dalam konteks ayat di atas?Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang itu beristeri. Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang itu isteri. Penggunaan kedua-dua bentuk ini dalam ayat membezakan kedua-dua makna bagi perkataan ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 211.   Tatabahasa12.04.2009
Salam Sejahtera. Apakah kata ganti nama diri yang sesuai dalam ayat berikut ("Mengapakah ________ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Zaid.) sama ada tuanku atau baginda? SekianKedua-dua perkataan itu boleh digunakan mengikut konteks. Jika perkataan tuanku digunakan, Datuk Penghulu merujuk Putera Zaid.  Kalau perkataan baginda digunakan, Datuk Penghulu merujuk ayahanda Putera Zaid.Lain-lain25.07.2012
"Mengapakah ______________ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Zaid. A patik B tuanku C hamba D baginda Jawapan : D diberi Saya rasa B juga betul sekiranya Datuk Penghulu ingin tahu apa yang yang dititahkan oleh Putera Zaid. Sultan berkata kita guna bertitah, bagaimana pula putera, puteri, permaisuri berkata guna bertitah atau tidak.Jawapan yang paling tepat ialah baginda kerana kata ganti nama tuanku digunakan apabila berkata-kata dengan raja sahaja. Titah khusus kepada raja atau sultan sahaja.Tatabahasa25.07.2012
Salam Sejahtera.Mohon pandangan tuan tentang soalan berikut; 1. "Mengapakah _______ bertitah demikian ?" tanya datuk penghulu kepada Putera Zaid. A patik B tuanku C hamba D baginda Saya berpendapat, jawapan B dan D boleh diterima berdasarkan makna yang tersendiri. Jika jawapan A, merujuk kepada pertanyaan datuk penghulu kepada putera itu sendiri mengapa mengeluarkan titah yang sedemikian. Jika jawapan B, merujuk kepada pertanyaan datuk penghulu mengapa ayahanda putera itu atau sultan yang lain mengeluarkan titah sedemikian. 2. hari kanak-kanak @ Hari Kanak-kanak 3. hari guru @ Hari Guru 4. hari kemerdekaan / kebangsaan @ Hari Kemerdekaan /Kebangsaan Terima kasih.1.  Pendapat tuan itu tepat.
2.  Hari Kanak-kanak.
3.  Hari Guru.
4.  Hari Kemerdekaan/Kebangsaan.
Lain-lain24.07.2012
Penduduk kampung itu sama ada yang muda dan yang tua hormat akan penghulu mereka. penggunaan "dan" dalam ayat ini betul? terima kasih.

Saudara Chou,

Ayat yang betul : Penduduk kampung itu sama ada yang muda atau yang tua hormat akan penghulu mereka. 

Tatabahasa14.06.2010
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Penghulu Kampung Talang selalu berjanji akan memberi bantuan kepada penduduk miskin namun dia tidak pernah mengotakan janjinya. Segala kata-katanya kini tidak lagi dipercayai. Maruahnya sebagai penghulu sudah tidak ada lagi. (a) (b) (c) 2. Penyakitnya masih belum sembuh walaupun telah berubat di merata-rata tempat. Namun dia tetap tidak berputus asa. Dia percaya bahawa selagi ada usaha akhirnya dia akan berjaya. (a) (b) (c)Peribahasa yang menggambarkan seseorang yang mudah berjanji tetapi tidak ditepati ialah lidah tak bertulang.  Manakala kata-kata yang tidak boleh dipercayai ialah lidah bercabang atau lidah biawak. Untuk menjawab soalan (3), peribahasa yang menggambarkan orang yang tidak mudah berputus asa ialah cari ikhtiar.  Untuk memberikan kfahaman yang mendalam tentang peribahasa Melayu , sdr dinasihatkan membaca buku Peribahasa terbitan DBP.Tatabahasa28.04.2009
1. "Mengapakah _______ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Aziz. Jawapannya Tuanku atau Baginda?? 2. Siapakah yang boleh menggunakan "bertitah" ? Raja & Sultan sahaja? 3. Apakah perbezaan antara hamba & tuan hamba? Bolehkah beri contoh? TQ1.  Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan
 Tuanku - yg mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti nama diri kedua bagi raja atau sultan.
jawapan tepat ialah Tuanku.

2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bertitah bermaksud berkata, memberi perintah yang merupakan bahasa dalam, bahasa istana. Hanya digunakan oleh Sultan atau Raja.

3. hamba dan tuan hamba - Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba.Contoh: " Tuan hamba tinggal di mana?"

patik, hamba, tuanku - Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja) dan tidak dijelaskan taraf yang orang yang berbicara itu sama ada pembesar atau rakyat jelata.

Tatabahasa03.08.2012
Nak Tanya "Kalau saya tak silap, ________ ini anak Penghulu Kampung Sebatang. Betulkah?" tanya Ismail kepada seorang pemuda. A. tuan B. saudara Jawapan yang mana betul? kenapa pilih jawapan itu? Terima Kasih atas bantuan. ^^

Salam sejahtera,

Kedua-dua penggunaan kata ganti nama diri 'tuan' dan 'saudara' boleh digunakan dalam ayat. Namun penggunaan yang lebih tepat ialah kata ganti nama diri 'saudara'. Hal ini disebabkan penggunaan kata ganti nama diri 'tuan' digunakan dalam konteks rasmi, manakala penggunaan kata ganti nama diri 'saudara' digunakan dalam konteks tidak rasmi.
 

Tatabahasa19.12.2012
assalamualaikum...saudara. saya ingin bertanya mengenai perkataan guru besar, ketua kampung, tuk penghulu dan ajk, adakah perkataan ini perlu dieja awal perkataannya berhuruf besar dalam penulisan karangan.Jika dinyatakan secara umum, Saudara perlulah menggunakan huruf kecil. Tetapi jika menyatakan secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan A, perlulah menggunakan huruf besar.Lain-lain26.02.2007
12

Kembali ke atas