Permohonan pengiklanan iaitu Nasi Ayam & Nasi Daging Salai Masak Lemak | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 24.02.2019 |
Permohonan kelulusan pengiklanan dari pihak DBP | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda.Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 24.02.2019 |
Dari segi pengiklanan dalam bentuk lisan seperti iklan TV atau Radio. Bolehkah saya menggunakan bunyi "mmmmmmmm" dan "mooooooo"? Kedua-dua perkataan ini akan disebut secara panjang. Sila beri penjelasan, terima kasih. | Dalam iklan bentuk audio, dibenarkan menyebut dengan panjang seperti "emmmmmm", namun ejaannya perlu betul "em". | Lain-lain | 18.11.2015 |
Dari segi pengiklanan dalam medium bertulis seperti surat khabar atau papan iklan, bolehkah saya menggunakan - Mmmmmmmm Segarnya! - sebagai slogan iklan bertulis? Perkataan Mmmmmmmm di sini merujuk pada keenakan menikmati(makan) sesuatu yang menyegarkan. Bagaimana pula jika saya menggunakan - Moooooooo Segarnya! - sebagai slogan iklan bertulis? Perkataan Moooooooo di sini merujuk kepada lembu yang akan dipaparkan bersama slogan kata ini. Tujuan dua perkataan tersebut dipanjangkan adalah untuk meniru bunyi sepertimana yang disebut secara vokal. Sila beri penjelasan, terima kasih. | Untuk makluman penggunaan "Mmmmm" dan "Moooooo" tidak dibenarkan dalam iklan bertulis. Penggunaan bahasa percakapan dalam konteks rasmi (termasuk iklan) tidak dibenarkan. Iklan untuk paparan awam mesti menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menggambarkan citra Malaysia. | Lain-lain | 17.11.2015 |
Dalam media pengiklanan, kebiasaanya pengusaha - pengusaha memandang enteng akan kepentingan Bahasa Melayu dalam iklan komersial mereka. Mereka lebih mengutamakan nilai komersial dan keuntungan daripada menitikberatkan soal Bahasa Melayu itu sendiri. Saya telah ditugaskan untuk membentangkan tajuk ini pada hari khamis ini. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk membantu saya. Antara soalan yang ingin tuan kupaskan; 1) Tahap pencemaran Bahasa Melayu dalam iklan, sama ada dalam media elektronik mahupun media cetak. 2) Bahasa rojak dalam iklan. Adakah dibenarkan? 3) Pendapat pihak tuan sendiri mengenai isu ini. Kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Untuk menjawab pertanyaan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan rujukan yang pelbagai. Kami cadangkan saudara rujuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan perpustakaan lain di IPTA dan dapatkan kertas kerja seminar yang berkaitan. Untuk makluman, DBP pernah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak, Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam, Seminar Antarabangsa Linguistik dan pelbagai seminar lagi yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik. | Lain-lain | 10.10.2010 |
salam. apakah beza bagi perkataan "pengiklanan" dan "periklanan"? bolehkah berikan contoh penggunaannya? terima kasih | Salam saudari Khairunnisa, Periklanan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud hal yang berkaitan dengan iklan manakala pengiklanan beerti, perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan. Perbezaan perkataan pengiklanan dan periklanan dilihat dari aspek kemasukan apitan kata nama peN-...-an dan peR-...-an. Lazimnya apitan peN-...-an bergabung dengan kata dasar iaitu (iklan) daripada golongan kata nama bertujuan menandakan makna proses mengerjakan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Manakala apitan peR-...-an membentuk kata nama yang membawa makna abstrak. Perkataan yang menerima apitan peR-...-an menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya. untuk maksud yang mudah, pengiklanan lebih kepada proses mengerjakan iklan manakala periklanan hasil melakukan proses 'iklan.' Contoh penggunaan dua perkataan tersebut dalam ayat; 1. Pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia periklanan Malaysia. 2. Pengiklanan produk baru syarikat itu dibuat melalui media massa. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Saya diberitahu bahawa,sebelum buat pengiklanan Dan sebelum mendapat kelulusan Majlis Perbandaran untuk pengiklanan papan Di sekitar bandar, saya harus mendapat kelulusan Dari DewanBahasa?? Jadi kena hantar sample iklan/perkataan yang akan digunakan??ingin penjelasan dan arahan bagi langkah seterusnya. Iklan dalam Bahasa inggeris perlukan kelulusan dari DBP? | Sekiranya iklan yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris, sila buat dalam bahasa Melayu atau dwibahasa. Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 05.09.2017 |
Terma untuk brand recall dalam bidang pengiklanan yang sebenar.adakah ianya sama dengan brand to retrieve | Ungkapan brand recall mengikut karyawan dalam bidang pengiklanan bermaksud mengaitkan sesuatu barang dengan sesuatu jenama. Contohnya ubat gigi dengan Colgate, racun makhluk perosak dengan shieldtox. Ungkapan ini juga disebut brand to retrieve. Walau bagaimanapun untuk maklumat lanjut sila hubungi Persatuan Pengiklan Malaysia(4As) no. telefon 03-76608535. | Istilah | 31.10.2008 |
Muhd Nazarul Raziman 26HB APRIL 10.33 PTG Muhd Nazarul Raziman Muhd Assalamualaikum Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia. Minta maaf menganggu & nak tanya soalan sikit. Soalan 1. Di Dewan Pustaka & Bahasa belah Selatan iaitu Johor Bahru (larkin) itu tiada yang pegawai bertugas ke? 2. Adakah bila kita hantar permohonan pengiklanan kita atau mengambil pengiklanan tersebut itu kami perlu mengambil melalui Pak Guard tersebut disana? 3. Adakah kita tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru larkin pada jam 3.30petang? 4. Adakah Pak Guard yang memberikan semua pengiklanan yang telah disahkan oleh Pegawai yang bertugas? 5. Memang tak ada pegawai yang bertugas ke di Dewan Bahasa & Pustaka Larkin tu sebab telefon tak ada orang yang angkat? Saya nak ingatkan dari segi kualiti servis yang diberikan oleh sesetengah golongan minoriti dalam bidang pekerjaan seperti ini. Saya sangat kecewa apabila saya sampai ke Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru Larkin saya disambut oleh seorang Pengawal Keselamatam dengan tanpa senyum dan tanpa menyambut. Lalu beliau bertanyakan pada saya "nak buat apa?".begitu saja????? Lalu saya terangkan untuk proses penghantaran dan pengambilan lesen pengiklanan yang telah disahkan. Jadi saya pula ingin menambah satu lagi pengiklanan yang sama hanya ada beza sedikit saja dari segi gambar. Lalu Pak Guard tidak membenarkan permohonan saya. Jadi saya memohon bantuan pada Pak Guard tersebut, tap | Kami ambil maklum aduan tuan dan terlebih dahulu kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk makluman, permohonan iklan di DBP Wilayah Selatan dibuat melalui saluran sedemikian kerana kekangan tugas pegawai. Walau bagaimanapun perkara ini kami ambil perhatian dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkenaan untuk menambah baik perkhidmatan yang kami berikan. Kami berusaha untuk mencari penyelesaian dan memberi keselesaan bagi kedua-dua belah pihak. | Lain-lain | 26.04.2017 |
sejarah awal dunia pengiklanan | Sila rujuk bahan ini. Terima Kasih. : 1.Periklanan: suatu pengenalan Mohd Hamdan Adnan Dewan Bahasa dan Pustaka : 1997. 2. The language of advertising Goddard, Angela Routledge, 2002. 3. Iklan dan masyarakat oleh Mohamad Md. Yusoff Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1999. 4. Televisyen dan pengiklanan antara tanggungjawab dengan realiti oleh Azizul Halim Yahya Dewan Masyarakat. 01/11/2004 . | Lain-lain | 16.11.2007 |