Saya ingin melakukan sedikit pencerahan dalam kamus dewan edisi keempat berkenaan perkataan 'sahabat'. Maksud yang dibawa bersama adalah pengikut. Contoh yang dibawakan adalah "pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi" iaitu sahabat nabi pengikut nabi. Setakat pengetahuan cetek saya, kita pada hari ini walaupun pengikut nabi Muhammad S.A.W bagaimanapun bukanlah dikategorikan sebagai sahabat nabi. Hal ini kerana pendefinisian sahabat nabi daripada sebahagian ulama' adalah berlainan. Antaranya sebagaimana yang didefinisika oleh Ibnu Hajar al-Asqalani : الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Sumber : Al-hafiz Ibn Hajar Nukhbat al-Fikar, Beirut : Dar al-Ihya, jil 1, hal. 230. Al_-Suyuti, Tadrib al-Rawi, aktabah Ruyad al-Haadisah, jil. 2, hal. 209. Sebagai konklusi, saya merasakan perlu ada dalam entri 'sahabat' khusus bagi mendifinisikan sahabat nabi seperti 'sahabat nabi' sebagai ~ ialah mereka yang sempat bertemu dengan nabi ,beriman dan mati dalam keadaan Islam. Sekian. Terima kasih | Untuk makluman tuan, Kamus Dewan hanya mencatatkan makna secara umum bagi sahabat dalam konteks sahabat nabi. Dalam konteks yang tersebut sahabat nabi dianggap sebagai pengikut atau murid nabi dan secara literalnya pastilah mereka yang pernah bertemu dengan nabi. Walau bagaimanapun, kami ambil maklum pandangan tuan dan mengemukakannya kepada Bahagian Perkamusan untuk penambahbaikan maklumat perkamusan. | Lain-lain | 24.02.2017 |
Selamat pagi, 1. Mana satu penggunaan yang betul? 300 orang umat atau 300 umat? *umat bermaksud orang-orang yang pergi sembahyang di Gereja. | Tuan, penggunaan frasa yang betul ialah 300 umat (perkataan umat sudah membawa maksud orang). Menurut kamus, maksud umat ialah 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad SAW. 2 seluruh rakyat; orang ramai. 3 = ~ manusia sekalian manusia. | Lain-lain | 11.06.2018 |
1. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. Apakah perkataan yang boleh diisi untuk membetulkan ayat ini? 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. Apakah makna nama timbangan? Tidak dijumpai dalam kamus dewan. | Untuk kata terbitan daripada kata ikut seperti terikut atau berikut tidak ada kata yang sesuai untu ayat tersebut, jika untuk perkataan lain mungkin boleh digantikan dengan kata berminat. Lihat entri timangan atau timang-timangan bermaksud nama lain drpd nama yang diberikan ketika lahir. | Tatabahasa | 10.10.2011 |
apakah maksud sahabat | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan supaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. | Ejaan | 28.02.2015 |
Apakah perkataan yang patut digunakan? 1. Wam Khatijah (mengupas) kuih itu sebelum menyuapkan ke mulut adiknya. 2. Mak Andam (mengupas) wajah pengantin itu sebelum majlis persandingan. 3. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. | Penggunaan kata dalam kurungan adalah tidak tepat. Untuk melihat penggunaan kata yang betul rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari, contohnya mengupas boleh membawa maksud membuang kulit (buah-buahan) dan menghuraikan dengan teliti (karangan, pendapat, persoalan). Berdasarkan makna yang tersebut kata mengupas tidak sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.10.2011 |
Salam sejahtera. Soalan saya ialah adakah kata "pewajar" boleh digunakan untuk menterjemahkan kata bahasa Inggeris "realist" berbanding terjemahan sedia ada "realis"? | Realis ialah 1. orang yg berpegang pada kenyataan; 2. penganut (pengikut) faham realisme (dalam kesenian dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Lain-lain | 19.10.2021 |
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "UMAT". adakah ia boleh digunakan untuk agama islam saja atau agama lain pun boleh menggunakan perkataan tersebut? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan umat bermaksud 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi. 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai. 3. segolongan manusia, bangsa. 4. seluruh bangsa manusia, sekalian manusia. Berdasarkan makna yang diberikan perkataan umat tidak digunakan untuk satu agama sahaja. | Makna | 11.02.2009 |
Terdapat pengusaha menggunakan perkataan seperti "Restoran Sakai"..adakah menjadi kesalahan dari segi bahasa memandangkan pengusaha hanya menggunakan ayat tersebut sebagai gimik sahaja. | Untuk makluman, perkataan sakai bermaksud 1. nama yang dipakai untuk orang asli (pada umumnya) 2. nama untuk suatu kaum daripada orang asli, Senoi 3. orang suruhan, hamba, pengikut. Berdasarkan maksud yang diberikan, penggunaan perkataan tersebut adalah salah. Perkataan RESTORAN biasanya dikuti oleh jenis makanan yang dijual. Contohnya, RESTORAN MAKANAN LAUT atau RESTORAN MAKANAN JEPUN. | Makna | 07.10.2011 |