Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.mé.jan] | ڤڠيميجن

Definisi : proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.mé.jan] | ڤڠيميجن

Definisi : proses atau perbuatan membentuk, menghasilkan dsb imej: ~ yg baik bergantung pd teknik yg sesuai dan kemahiran yg ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengimejan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cannon Prodigital Bringing SaverPusat Pengimejan CanonLain-lain29.04.2008
Adakah terdapat istilah khusus bagi "all sky camera"?
Selamat sejahtera NUR AZIZAH MOHAMED NAJIB,


Berdasarkan semakan pangkalan data istilah DBP, tiada padanan istilah all sky camera yang khusus. 
Ini mungkin disebabkan faktor kedapatan variasi istilah bahasa Inggeris berbeza yang lebih umum diketahui atau mantap dalam kalangan penggiat bidang yang berkaitan, oleh itu dicadangkan padanan kamera pengimejan langit bagi merujuk konsep istilah all-sky camera. Cadangan ini hasil merujuk kata pengimejan dalam Kamus Dewan Perdana Tahun 2020 (halaman 818) yang dihuraikan maknanya iaitu hal atau proses mengimejkan dan contoh penggunaan yang diberikan sebagai panduan ialah "Sabah akan mengadakan Bengkel Teleskop dan Pengimejan Angkasa peringkat negeri."


Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya yang menjalankan amanah,

Mardhiah binti Othman.
Istilah26.03.2025
Apakah penterjemahan bagi tajuk berikut: Fabrication and Characterisation of Cost-effective Anthropomorphic Tissue-equivalent Thyroid-neck Phantom for SPECT/CT ImagingTerjemahan bahasa Melayu yang dicadangakan ialah Pemfabrikatan dan Pencirian Fantom Leher Tiroid Setara Tisu Antropomorfik Keberkesanan Kos untuk Pengimejan SPECT/CT.Istilah07.10.2016

Kembali ke atas