Bagaimanakah pengiraan minggu dalam setiap bulan dinafikan? Contohnya: Februari 2013 Minggu pertama dalam setiap bulan, adakah ia mula dikira semasa minggu tersebut mengandungi 7 hari? Atau, ia dikira bermula pada 1 hb Februari? Minggu ketiga Februari adakah mula dikira dari 10hb hingga 16hb? Adakah pengiraan ini sah digunakan dalam sistem awam/kerajaan di dalam negeri? Ribuan terima kasih. | Minggu Pertama yang ada pada setiap bulan berdasarkan satu haribulan jatuh pada hari apa dalam minggu berkenaan. Contohnya Sabtu minggu pertama bulan Februari 2013 jatuh pada 2 Februari 2013. | Lain-lain | 29.01.2013 |
Secara logiknya, dalam pengiraan jumlah patah perkataan, kata sendi nama ' di sini atau di situ" ,adakah dikira 2 patah perkataan? KN Khas, Taib Mahmud bin Tuan man, adakah dikira 4 patah? TQVM | Bilangan patah perkataan bagi perkataan di sini ialah dua patah kata dan Taib Mahmud bin Tuan Man ialah lima patah kata. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanya tentang pengiraan jumlah patah perkataan peribahasa dalam penulisan karangan. Contohnya ialah "Bagai aur dengan tebing". Adakah dikira satu patah perkataan atau empat patah perkataan? Sekian, terima kasih. | Bilangan perkataan dalam peribahasa "Bagai aur dengan tebing" dikira sebagai empat patah perkataan. | Istilah | 21.05.2010 |
Selamat pagi, saya ingin bertanya tentang pembahagian suku kata. Berapa suku katakah bagi perkataan seperti 'dua', 'ia', 'dia', 'ialah', 'tua', 'kuih', 'daun'?Saya sangat keliru tentang cara pengiraan suku kata bagi perkataan yang mengandungi vokal berganding. Bagaimana cara untuk mengenal pasti sama ada satu atau dua suku kata?Sekian, terima kasih. | Suku kata dipenggal seperti yang berikut: (du + a), (I + a), (di + a), (i + a + lah), (tu + a), (ku + ih), (da + un). Vokal berganding dikira sebagai dua suku kata dan hal ini tidak sama seperti diftong yang dikira dalam satu suku kata. | Tatabahasa | 27.06.2013 |
1. bijak mengurus masa atau bijak menguruskan masa? 2. (a) ... gajah, burung, dan lain-lain lagi. (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (c) ... gajah, burung, dan sebagainya. (d) ... gajah, burung dan sebagainya. Manakah penggunaan tanda koma yang betul? 3. dalam pengiraan perkataan untuk UPSR Kertas 2 Bahagian C, PMR Kertas 2 Ringkasan, berapakah perkataan untuk "ibu bapa", "alam sekitar"? | 1. Frasa yang tepat ialah bijak menguruskan masa. 2. Penggunaan tanda koma yang betul ialah (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (d) ... gajah, burung dan sebagainya. 3. Perkataan "ibu bapa"dan "alam sekitar" mempunyai dua patah perkataan. | Tatabahasa | 19.05.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya: 1. Adakah penggunaan kata nama khas seperti nama pengarang dan nama fakulti di sesebuah universiti dikira sebagai satu perkataan untuk kajian sastera? 2. Adakah penanda wacana juga dikira sebagai satu perkataan contohnya di samping itu dikira sebagai satu perkataan? Ini kerana kekeliruan berlaku antara penggunaannya di dalam SPM dan tesis bahasa Melayu di peringkat univerisiti. Terima Kasih. | Bagi pengiraan patah perkataan, setiap patah itu dikira walaupun nama khas. Contohnya, bilangan perkataan dalam peribahasa "Bagai aur dengan tebing" dikira sebagai empat patah perkataan. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Salam sejahtera. Mohon pihak tuan beri penjelasan tentang perbezaan penggunaan perkataan "waktu" dan "masa". Terima kasih. -Rahayu- | Merujuk Kamus Dewan,1. masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; 2. waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; | Lain-lain | 01.09.2010 |