| Bagi individu yang mempunyai gelaran Pengiran pada permulaan nama nya, adakah panggilan hormat Encik bersesuaian? | Pengiran membawa maksud gelaran untuk keturunan tertentu dalam susur galur masyarakat Melayu Brunei-Darussalam. Panggilan tuan di hadapan gelaran Pengiran lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi, manakala dalam konteks tidak rasmi, panggilan Pengiran sahaja boleh digunakan. Oleh yang demikian, panggilan Encik tidak sesuai digunakan di hadapan perkataan Pengiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1666. | Lain-lain | 13.10.2025 |
| Adakah ayat ini betul? Ketua Wazir diberi gelaran Pengiran ... | Ketua Wazir diberi gelaran Pengiran, ayat ini betul. | Tatabahasa | 16.05.2016 |