Saya ingin menggunakan perkataan polemik dalam ayat saya. Contohnya: Sastera Islam banyak dipolemikkan begitu juga sastera Melayu Moden. Polemik yang paling bererti ialah mengenai pentokohan pelopornya setelah sekian lama kesusasteraan moden menerima Abdullah Munshi sebagai pelopornya. | Kami mencadangkan perkataan polemic dalam konteks yang tersebut ditukar kepada pengisahan "...pengisahan yang paling bererti...". | Tatabahasa | 02.12.2015 |
Mohon semakan terjemahan. There are accounts of an alien attacking ancient Egypt. Terdapat pemerian sejarah makhluk asing menyerang pada zaman Mesir kuno. Terima kasih | Cadangan kami, terdapat pengisahan tentang makhluk asing pernah menyerang manusia pada zaman Mesir kuno. Jika bukan manusia, mungkin objek lain yang diserang oleh makhluk asing - sila kaitkan dengan cerita sebelumnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.11.2017 |