Apakah terjemahan paling tepat untuk "blender"? | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi blender ialah pengisar atau pengadun. Puan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=blender. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.01.2017 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Horizontal Ram-Type Milling Machine'? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Mesin Pengisar Mendatar Jenis Ram. | Istilah | 05.02.2016 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Attritor 2. Bead Mill 3. Classifying Impact Mill 4. Thixomolding Machine 5. Bin Blender 6. Bundle Loader Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Attritor - Pengisar 2. Bead Mill – Pengisar Halus 3. Classifying Impact Mill – Mesin Kisar Tukul Pengelasan 4. Thixomolding Machine – Mesin Pengacuan Suntikan Magnesium 5. Bin Blender – Pengisar Tong 6. Bundle Loader – Pembeban Berkas | Istilah | 23.03.2016 |
Tuan, Adakah istilah 'PEMARUT' ais sesuai digunakan kepada sejenis mesin yang mengisar air batu (ais) untuk dijadikan air batu campur, ABC? jika istilah 'pemarut' ais ini tidak sesuai, apakah istilah yang betul bagi mesin membuat ABC ini? terima kasih | Perkataan yang sesuai ialah PENGISAR AIS | Makna | 20.01.2019 |