Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.si] | ڤڠيسي

Definisi : 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.si] | ڤڠيسي

Definisi : 1 sesuatu yg diisikan; perkakas dll utk mengisi. 2 orang yg mengisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengisi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mahasiswa YIU ingin bertanya, tolong contoh pantun

Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula:

Pagi-pagi mengutip lokan,

     Lokan dikutip di tepi laut;

Cantik bukan kaya pun bukan,

     Mengapa pula hati terpaut.

Contoh pantun enam kerat:

Tempayan pecah jangan diterap,

Boleh buat pengisi dedak,

Dedak basah penjemur padi;

Orang miskin apa diharap,

Budi tiada bahasa pun tidak,

Emas perak jauh sekali.

 

 

Lain-lain15.07.2010

Kembali ke atas