Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ka.ta.lo.gan] |  ڤڠکاتالوݢن

Definisi : proses dsb menyenaraikan sesuatu (nama barang, nama buku, dsb) dlm katalog, proses membuat katalog: sistem ~ di perpustakaan dgn penggunaan singkatan perkataan bahasa Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkatalogan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jenis kata bagi istilah pengkatalogan, mengkatalog dan katalog (samada kata nama, kata kerja dsbgnya). Di antara istilah ini yang mana satu menunjukkan proses. Terima kasih.Katalog ialah kata nama, mengkatalogkan ialah kata kerja dan penkatalogan ialah kata nama yang menunjukkan proses membuat katalog. Tatabahasa26.07.2011
Banyak perkara yang saya patut tahu lagi tentang no.pengkelasan..Bagaimana saya nak tahu no.pengkelasan dengan tepat?Saya berkhidmat hampir 7 tahun di Pusat Sumber.Tapi saya belum pernah diberi pendedahan atau kursus pengelolaan Pusat Sumber.Saya buat kerja berdasarkan pengalaman saya sebagai pengawas pss masa di sekolah dahulu.

Terima kasih atas soalan anda.

Saudara boleh merujuk laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia yang ada menawarkan kursus dan bengkel mengenai pengkelasan. Saudara juga boleh merujuk senarai buku dibawah :


Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan-bahan Pustaka oleh Siti Hasnah Simanjuntak (ITM, 1984) 


Pengkelasan dan Pengkatalogan oleh Zainori Abd Rahman (Pekan Ilmu, 2006)

Senarai ringkas sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey untuk perpustakaan-perpustakaan sekolah di Malaysia

(DBP, 1986).

 

Lain-lain07.01.2011
Adakah wujud perkataan ‘pengkumur’ untuk menggantikan perkataan ‘mouthwash’? Saya terpanggil untuk menyemak setelah melihat penggunaan perkataan ini dalam satu iklan ubat kumur di media massa. Untuk imbuhan peng, apakah hukum (rules) imbuhan secara umum? Mengikut pemahaman saya, untuk perkataan bermula dengan k, huruf k digugurkan apabila imbuhan peng ditambah (prefix). Eg: kawal - pengawal. Adakah huruf k dikekalkan hanya untuk kata pinjaman? Eg: katalog - pengkatalogan. Bagaimana pula dengan perkataan kelas yang merupakan kata pinjaman inggeris ‘class’ namun menjadi pengelasan dan bukannya pengkelasan. Adakah terdapat faktor tambahan dalam kes ini?

1. Kata pengkumur masih belum terakam dalam kamus terbitan DBP. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Berdasarkan korpus, kata pengkumur mulut untuk ‘mouthwash’ adalah lebih tinggi kekerapannya berbanding pengumur. Dari segi semantik jika menggunakan perkataan pengumur, makna pertama yang muncul dalam minda masyarakat ialah perkaitan makna dengan kata akar umur, berbanding apabila menggunakan pengkumur, masyarakat akan terus mengaitkan makna bagi kata akar kumur.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 109, huruf p, t, k, s pertama pada kata dasar yang bercantum dengan awalan  peN-, huruf pertama tersebut akan luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya dengan bunyi pertama pada kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut.

Contoh: pemukul (pukul), penahan (tahan), pengarang (karang) dan penyelam (selam).

2. Huruf pertama pada kata dasar yang bercantum dengan apitan peN-…-an tidak akan luluh untuk kata pinjaman seperti penkatalogan.

Contoh lain: pemprosesan (proses), pengkateran (kater),  dan pemvetoan (veto).

(rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 107-111)

3. Walau bagaimanapun, kata asing yang telah terserap dalam bahasa Melayu, huruf pertama kata dasarnya akan luluh apabila menerima imbuhan apitan peN-…-an.

Contoh: penyeteman (setem), pengelasan (kelas), penelefon (telefon).

Tatabahasa08.06.2024
Saya sudah menyiapkan CD berserta 5 buah buku bergred berkaitan kaedah membaca tanpa mengeja. Bagaimanakah caranya memperoleh HAK CIPTA TERPELIHARA dan mendapatkan kod ISBN, dan apakah langkah-langkah yang patut saya buat untuk memperbanyakkan untuk edaran di pasaran ?

1. Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis.

2. Perkhidmatan International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan diberikan secara PERCUMA kepada semua penerbit di Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai ISBN/ISSN/PDP boleh dengan menghubungi Pusat Bibiligrafi Negara, Perpustakaan Negara Malaysia,Tingkat 18, Menara TH Selborn, 153, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur di talian 03-26871700 samb. 4288 / 03-26814329. 

Sekian. Terima kasih.

Lain-lain29.07.2007

Kembali ke atas