Assalamualaikum, saya seorang guru sekolah rendah pengkhususan pendidikan seni visual. saya telah hasilkan sebuah novel grafik /komik berilmiah untuk bacaan kanak-kanak, mempunyai jalan cerita seperti sebuah komik tetapi berteraskan pendidikan pengkhususan nutrien pemakanan, ia telah disemak oleh pegawai zat makanan daerah di sekolah. Adakah pihak tuan boleh mencadangkan bagaimana untuk saya mengetengahkan karya ini ke pasaran? untuk makluman, sebelum ini saya telah pun menghasilkan sebuah novel grafik/ komik yang lain untuk syarikat penerbitan buku Pekan Ilmu Publication, ianya telah diterima, namun hampir 2 tahun ia masih tidak diterbitkan. | Salam Sdr. Yazid, Tahniah kerana berjaya menghasilkan buku dalam bentuk komik. Sekiranya novel sdr. telah lengkap (teks dan ilustrasi), bolehlah diajukan ke DBP untuk dinilai. Memang pihak kami sedang merancang untuk menerbitkan karya/buku informatif kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang karya yang telah diberikan kepada syarikat lain (menunggu untuk proses penerbitan). Sila hantar manuskrip kepada Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 14.06.2012 |
adakah perkataan bidang dan pengkhususan mempunyai sama maksud? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud bidang ialah kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan. Manakala pengkhususan pula ialah perihal menjurus dlm sesuatu bidang. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna seuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman sesawang DBP dan taip perkataan yang ingin diketahui makna di petak carian kata. | Makna | 14.04.2009 |
saya merupakan pelajar universiti sains malaysia tahun 2 mengambil kursus ijazah sarjana muda sastera dalam pengkhususan bahasa malaysia. saya ingin bertanya mengenai tempat praktikal di dewan bahsa dan pustaka. adakah DBP membuka peluang untuk pelajar membuat praktikal di DBP? | DBP ada menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar universiti membuat latihan industri.Sila kemukakan permohonan anda kepada Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,Tingkat 7,Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,50460,KL.Kami akan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kekosongan tempat dan bidang pengkhususan pelajar. | Lain-lain | 21.01.2008 |
Saya merupakan pensyarah yang mengajar dalam bidang pengkhususan seramik industri. Terdapat banyak buku yang dicetak dalam bahasa inggeris dan susah didapati di pasaran. saya berhasrat ingin menterjemah buku tersebut di dalam bahasa melayu, bagi memudahkan pelajar menjadikan buku tersebut sebagai panduan. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut prosedur untuk menterjemahkan buku. Sasaran jualan buku tersebut adalah untuk pelajar IPTA(UiTM Shah Alam dan caw Perak, Unimas, UMS, UPSI), pelajar dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia (ILP, IKM, Kolej Komuniti) dan MRSM. Diharap dengan adanya buku-buku hasil penterjemahan ini, proses penyampaian dan pemahaman kursus akan lebih efisyen. Sekian, terima kasih. | DBP tidak lagi menguruskan projek penterjemahan. Kini projek penterjemahan diuruskan oleh Institut Terjemahan Negara Berhad. | Lain-lain | 01.02.2008 |
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelasan terperinci tentang maksud rangkaikata berikut: 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk 8. pembimbing yang diperakui Sekian, terima kasih. | Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan frasa di bawah. Hanya 'pakar rujuk' merupakan rangkai kata. 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk - ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu 8. pembimbing yang diperakui | Tatabahasa | 04.10.2012 |
Apakah kerjaya yang melibatkan bidang sastera? | Bidang sastera suatu disiplin ilmu yang dipelajari bersama-sama disiplin lain di Institusi Pengajian Tinggi. Umumnya pengkhususan sastera dalam peringkat sarjana atau doktor falsafah , yang memungkinkan pemegangnya menjadi pensyarah atau sebagainya. Kerjaya lain yang melibatkan sastera termasuklah penulis sepenuh masa dalam bidang kreatif imaginatif seperti novel, cerpen, puisi, yang menjajikan pendapatan sekiranya diterima untuk penerbitan. Seelok-eloknya seseorang yang berkelulusan sastera harus mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ekonomi, pentadbiran, kewangan, undang- undang, sekadar beberapa contoh agar dapat menghasilkan karya yang bertemakan isu semasa sebagaimana pengarang-pengarang Barat. Di Amerika umpamanya, penulis seperti John Grisham adalah pengamal undang-undang dan sebab itulah beliau dapat menggarap persoalan undang-undang dalam karyanya. | Lain-lain | 11.08.2008 |
A'kum dan salam 1 Malaysia, saya merupakan pelajar PhD daripada UPM. Saya ingin mendapatkan khidmat alih bahasa bagi istilah Bahasa Inggeris di bawah untuk tujuan tesis saya. Untuk makluman, saya menjalankan kajian dalam bidang Psikologi Pendidikan.Perkataan di dalam kurungan adalah istilah yang saya gunakan tanpa merujuk kepada mana-mana pakar bahasa. Mohon ulasan dan pencerahan daripada pihak DBP. 1. Interest-Major Congruence (Keselarasan Minat-Kursus) 2. Demands-Abilities Congruence (Keselarasan Permintaan-Kebolehan) 3. Needs-Supplies Congruence (Keselarasan Keperluan-Perolehan) Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Untuk makluman puan, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "congruence", iaitu selaras, penyesuaian, serba sama dan kongruens. Istilah untuk "major" pula ialah major atau pengkhususan. Oleh itu, istilah "Interest-Major Congruence" mungkin boleh diberi padanan Keselarasan Minat-Pengkhususan. Walau bagaimanapun, padanan ini bergantung pada konsep istilah tersebut. Oleh itu, istilah-istilah yang dicadangkan boleh digunakan sekiranya bertepatan dengan maksud yang ingin disampaikan. 1. Interest-Major Congruence - Keselarasan Minat-Kursus/Keselarasan Minat-Pengkhususan 2. Demands-Abilities Congruence - Keselarasan Permintaan-Kebolehan 3. Needs-Supplies Congruence - Keselarasan Keperluan-Perolehan | Istilah | 03.07.2013 |
saya ada 3 soalan : 1- saya ingin tahu jawatan-jawatan yang terdapat dalam setiap jabatan di dewan bahasa dan pustaka. hal ini kerana saya sukar untuk mengisi borang permohonan jawatan kerana tidak mengetahui jawatan yang terdapat di DBP. 2-saya pelajar dari akademi pengajian Melayu, UM dan akan menamatkan tempoh pengajian lebih kurang 4-5 bulan lagi. pengkhususan (major) saya ialah sosio-budaya Melayu dan minor saya ialah kesenian Melayu. saya ingin tahu dengan bidang pengajian saya, jawatan apa yang boleh saya pohon? 3-Dengan tempoh pengajian saya yang berbaki4-5 bulan lagi, bolehkah saya mengisi borang permohonan jawatan kosong dalam tempoh yang terdekat ini? | Salam, 1. Dimaklumkan setiap iklan kami ada menyatakan nama skim perkhidmatan/jawatan yang hendak diisi. 2. Di dalam iklan jawatan kosong DBP, kami ada menyatakan jenis kelayakan yang diperlukan untuk mengisi sesuatu jawatan. Antara jawatan di DBP yang sdr boleh mohon dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ialah Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 atau Pegawai Tadbir Gred N41. 3. Permohonan sesuatu jawatan hendaklah disertakan dengan segala kelayakan yang diperlukan sebagaimana yang dinyatakan di dalam iklan. TK. | Lain-lain | 21.01.2009 |
Mohon jasa baik tuan... Saya ingin mengetahui cara yang betul menulis nombor untuk penulisan akademik. bila masa yang betul untuk gunakan nombor dan perkataan contoh: Bilik yang ditawarkan boleh didapati dengan sewaan sekitar RM 90 untuk bilik kelamin dan RM 70 untuk bilik bujang dikira berpadanan dengan kemudahan yang disediakan di dalam bilik. Matlamat penawaran bilik penginapan ialah lebih bersifat kebajikan berbanding kepada keuntungan. contoh 2: Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. pohon penjelasan. terima kasih | 1. Dalam penulisan nombor satu hingga sembilan dieja dengan perkataan, manakala nombor 10 hingga seterusnya ditulis dengan angka. Walau bagaimanapun dalam menulis nilai ringgit, cara yang betul ialah RM5, RM10 dan RM100. 2. Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. | Tatabahasa | 23.01.2013 |
1. Apakah yang di maksudkan dengan laras bahasa. 2. Kepentingannya? 3. Maksud laras bahasa ekonomi, iklan, kejuruteraan dan politik. | Laras bahasa atau ragam bahasa merujuk variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, contohnya laras bahasa klasik, laras bahasa istana, laras bahasa sains, laras bahasa ekonomi, laras bahasa iklan, laras bahasa politik dan sebagainya, serta bertujuan untuk memberi pengkhususan penggunaan kata mengikut bidang. | Tatabahasa | 18.07.2008 |