Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.kri.tik] | ڤڠکريتيک

Definisi : orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.kri.tik] | ڤڠکريتيک

Definisi : orang yg mengkritik: ~ sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kritik
Kata Terbitan : kritikan, mengkritik, pengkritik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Apakah cara menulis rujukan dalam ayat di bawah adalah betul? Terima kasih. "Melalui karya-karya ini, beliau mendalami jiwa penulis, dan akhirnya melahirkan gambaran personaliti penulis yang hidup dan segar.” (Lihat: Wen Rumin, Qita Jiwen Tese Pipingjia (Pengkritik-pengkritik yang Menonjol’ dalam Zhongguo Xiandai Wenxue Pipingshi (Sejarah Kritikan terhadap Kesusasteraan China Moden), Bab 11, Peking University Press, 1933).Cara menulis rujukan mengikut Gaya Dewan ialah seperti berikut: "Melalui karya-karya ini, beliau mendalami jiwa penulis, dan akhirnya melahirkan gambaran personaliti penulis yang hidup dan segar.” Wen Rumin, Qita Jiwen Tese Pipingjia, 1933. "Pengkritik-pengkritik yang Menonjol" dalam Zhongguo Xiandai Wenxue Pipingshi (Sejarah Kritikan terhadap Kesusasteraan China Moden. China: Peking University Press. Walau bagaimanapun,  mungkin terdapat perbezaan  mengikut gaya penerbitan lain. Lain-lain25.03.2020
Saya ingin bertanya mengenai istilah Pengkritik Sastera dan peranan pengkritik sastera pada masa kini. Ini bertujuan untuk pengetahuan dan mencari bahan tugasan dalam bidang aliran sastera yang saya pelajari sekarang.

Pengkritik sastera ialah orang atau individu. manakala peranan pengkritik sastera ialah orang  yang menulis, berusaha, mempertimbangkan dan menilai sesebuah karya sastera secara jujur dan sistematik. 

 Kritikan sastera dapat dianggap sebagai satu ilmu yang mempunyai tujuan dan fungsi tertentu. Antara tujuan-tujuan kritikan sastera ialah 1. Menyumbangkan pengetahuan dari segi teori sastera 2. memberi kefahaman kepada pembaca untuk menikmati sesebuah karya sastera 3. membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik 4. memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca dan sebagainya.

Lain-lain27.10.2009
berikan contoh ayat dan makna bagi perkataan tersebut:- 1. dwibudaya 2. pratonton 3. prakata 4. tatanegara

1. Dwibudaya bermaksud mempunyai (mengamalkan) dua kebudayaan yang utama (seperti kebudayaan Inggeris dan kebudayaan Perancis yang diamalkan di Kanada).

2. Pratonyon bermaksud tayangan filem, persembahan teater dan sebagainya yang dikhususkan untuk wartawan, pengkritik dan sebagainya sebelum filem, teater dan sebagainya itu dipertontonkan secara rasmi kepada orang ramai.

3 Prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dan lain-lain, atau mukadimah.

4. Tatanegara bermaksud susunan dan bentuk pemerintahan negara.

Kata/istilah ini banyak digunakan dalam penulisan buku, berita atau rencana. Sila rujuk artikel yang berkaitan untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. 

Makna17.03.2010
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih

Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan  harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan  idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan  semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan  keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. 

Tatabahasa11.10.2010

Kembali ke atas