Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.li.ba.tan] | ڤڠليبتن

Definisi : perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.li.ba.tan] | ڤڠليبتن

Definisi : perbuatan atau hal melibatkan diri dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penglibatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru tentang kata 'penglibatan' dan ' pelibatan', yang mana satu betul? Berdasarkan kamus dewan, penglibatan dianggap betul tetapi berdasarkan rumus pengimbuhan, pelibatan ialah kata yang sepatutnya.Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri penglibatan iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara.Tatabahasa19.03.2014
Penglibatan atau pelibatan? Yang Mana digunakan dalam kontek yang betul untuk penglibatan ibubapa atau pelibatan ibubapaMengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”.Tatabahasa25.07.2018
Mohon sedikit penjelasan. Saya dimaklumkan oleh rakan sejawat bahawa penggunaan perkataan PENGlibatan adalah salah dan sepatutnya PElibatan. Merujuk kepada Khidmat Nasihat DBP, adakah PENGlibatan dan PElibatan adalah betul atau hanya PElibatan ejaan yang betul.Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”.Tatabahasa19.02.2014
Pelibatan dan penglibatan, mana satu tepat?

Ejaan18.08.2017
assalamualaikum... saya merupakan seorang pelajar tahun akhir yang sedang membuat thesis. saya mempunyai masalah dari segi perkataan ketidak penglibatan. adakah ayat ini boleh digunakan atau saya pelu menggunakan ayat tidak penglibatan. diharap membantu saya...

Nurul Hafizal,

Ketidak penglibatan bukan tidak boleh digunakan tetapi bukankah lebih mudah dan baik jika kita gunakan yang tidak terlibat atau tidak terlibat. Tereima kasih

Tatabahasa17.03.2010
Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen

Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen boleh dilihat melalui

kumpulan cerpen beliau seperti berikut: i.   Hujan di Daerah Settha, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978.

                                                         ii.   Di Perhentian Pertama, Kuala Lumpur: Utusan Melayu & Distributors, 1975.

                                                         iii.  Di Tengah Perempuan, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984.

                                                         iv.  Kepulangan Seorang Tua, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984, dan

                                                          v.  Sang Tahanan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Lain-lain29.02.2008
Apa perbezaan antara "penglibatan" dan "keterlibatan"?"Penglibatan" bermaksud hal atau perbuatan melibatkan, manakala "keterlibatan" bermaksud hal terlibat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1319. Makna19.09.2023
Salam. (Penglibatan atau pelibatan) . Mana betul.Menurut data kami, ejaan yang betul ialah penglibatan.Tatabahasa28.03.2019
Penglibatan kokurikulum akan melahirkan murid cemerlang. Munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TKAyat yang betul ialah penglibatan murid dalam kokurikulum akan melahirkan murid yang cemerlang.Tatabahasa06.08.2012
Yang manakah tepat pelibatan atau penglibatan? Penggunaan banyak dan ramai bagaimana?Ejaan yang betul ialah penglibatan. Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Lain-lain09.09.2021
1234567

Kembali ke atas