Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.o.la.han]/[pe.ngo.la.han] | ڤڠولهن

Definisi : perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.o.la.han]/[pe.ngo.la.han] | ڤڠولهن

Definisi : perbuatan atau hal mengolah: Jepun dan negara-negara di Eropah menjalankan tugas ~ sebahagian besar drpd bahan mentah keluaran kita. ~ cerita ini kemas dan menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
olah2
Kata Terbitan : mengolah, pengolahan, pengolah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah persepsi majikan tentang cara penulisan surat rasmi?Majikan seharusnya menetapkan panduan khusus untuk menulis surat rasmi kerana surat rasmi menggambarkan imej dan citra majikan tersebut. Surat rasmi  mempunyai format khusus, penggunaan bahasa yang betul, mengandungi rujukan dan tarikh, pengolahan idea yang tepat dan santun.Lain-lain12.01.2008
Mengapakah terjadinya penciplakan intertekstualiti dalam pembikinan hasil karya tempatan dan bagaimanakah cara untuk menanganinya?Ciplak secara ringkasnya mengambil karya orang secara sepenuhnya dan memasukkan ke dalam karya kita. Justeru, ciplak salah di sisi undang-undang. Akan tetapi, intertekstualiti bukan ciplak. Ia merupakan pengolahan dan penyesuaian yang kreatif oleh seseorang pengarang pada karyanya. Dalam erti kata lain, sebuah teks menghasilkan teks yang lain. Ini biasa berlaku. Jika saudara memahami intertekstualiti dengan baik dan menguasai hipogram, maka saudara akan lihat betapa banyaknya karya merupakan intertekstualiti. Sejarah Melayu misalnya merupakan intertekstulaiti daripada Hikayat raja-raja Pasai. Demikian juga dengan sejumlah besar karya Shahnon Ahmad, merupakan intertetestulaliti daripada pengarang-pengarang yang lain. Oleh sebab itu, pengaruh bacaan seseorang pengarang pada karya-karya lain tidak dapat dielakkan yang kemudiannya menghasilkan intertekstualiti.Lain-lain21.04.2007
Saya ingin menghantar manuskrip novel dan cerpen untuk majalah.soalan saya adalah seperti berikut: 1.adakah saya perlu menggunakan ejaan atau bahasa standard walaupun utk karya kreatif? 2.jika saya ingin menghantar cerpen atau puisi, bagaimana saya dapat mengetahui kesesuaian karya saya itu utk majalah2 dbp?
Salam, Puan. Dari segi ejaan, penulis karya kreatif perlu menggunakan ejaan baku. Berkaitan dengan bahasa, sebaik-baiknya penulis menggunakan bahasa standard. Sila rujuk cerpen yang disiarkan dalam majalah DBP tentang cara pengolahan bahasa standard dalam karya kreatif. Walau bagaimanapun,dalam konteks tertentu ada kebebasan seni dalam penulisan karya kreatif, antaranya termasuklah pemendekan ejaan kata lazim seperti 'nak', 'tak', 'ni', 'tu' dan sebagainya khususnya dalam dialog. Sila rujuk majalah DBP yang menyiarkan cerpen seperti Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Kosmik, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Puan boleh menghantar karya kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.



Lain-lain08.06.2012
Apakah perbezaan antara "pemuliharaan" dan "pemeliharaan"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Istilah23.12.2010

Kembali ke atas