Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
korek (kata kerja)
Bersinonim dengan gali, cungkil, tebuk, keruk;,
Kata Terbitan : mengorek, korekan, pengorekan, pengorek,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Excavator Quick Hitch 2.Excavator Reversible Backfill Blades 3.Excavator Ripper Attachment 4.Excavator Rock Bucket 5.Excavator Scarifier Attachment 6.Excavator Scraper Attachment 7.Excavator Seeder Attachment 8.Excavator Skeleton Buckets Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Excavator Quick Hitch – Pengorek Penyangkut Pantas1">

2.Excavator Reversible Backfill Blades – Pengorek Bilah Kambus Boleh Balik1">

3.Excavator Ripper Attachment – Pengorek Pengoyak1">

4.Excavator Rock Bucket – Pengorek Timba Batu 1">

 5.Excavator Scarifier Attachment – Pengorek Penggembur 1">

6.Excavator Scraper Attachment – Pengorek Pengikis 1">

7.Excavator Seeder Attachment – Pengorek Penanam/Pengorek Pemuat Naik1">

8.Excavator Skeleton Buckets – Pengorek Timba Rangka

Istilah13.05.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apakah terjemahan untuk kenderaan dikenali sebagai 1. Wheel loader 2. 360 degree Excavator 3. Backhoe loader Dan bahagian kenderaan -> High-tonnage bodyKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1) Wheel loader: Jentera angkut beroda

2) 360 degree excavator: Pengorek 360 darjah

3) Backhoe loader: Jentera angkut pengorek-kaut

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Namun, untuk high-tonnage body, mohon pihak tuan memberikan penerangan tambahan untuk memudahkan kami mencari padanan yang tepat. 
Istilah25.07.2022
1. Adakah perkataan 'parkir' dan 'jengkaut'(tiada dalam Kamus Dewan) diterima oleh DBP dalam penulisan formal? 2. Penggunaan kata ganti nama diri 'ia' tidak dicatatkan dalam Kamus Dewan sebagai kata ganti nama diri untuk binatang. Oleh itu, saya berpegang bahawa 'ia'jelas bukan merujuk binatang. Betulkah saya?

1. Parkir ialah perkataan Indonesia, dalam bahasa Melayu ialah 'tempat letak kereta' atau 'medan kereta'. Istilah yang tepat bagi jengkaut ialah pengorek kaut.

2. 'Ia' ialah kata ganti diri ketiga atau benda yang dibicarakan (bukan binatang).

 

Istilah26.02.2011
Assalamualaikum tuan/ puan, Mohon bertanya, bagaimanakah cara ataupun adakah apa-apa tip, bagi mengenal pasti sama ada konsonan pada satu-satu perkataan itu akan 'tenggelam' ataupun 'kekal wujud' apabila ditambahkan imbuhan di hadapannya. Contoh: 1. cinta = mencintai (huruf 'c' kekal wujud) 2. kagum = mengagumi (huruf 'k' tenggelam) Terima kasih.Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta.Tatabahasa27.02.2014
Assalamualaikum tuan/ puan yang budiman, Terima kasih atas respons pantas kepada persoalan saya sebelum ini. Responsnya seperti berikut: Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. Namun saya keliru: 1. Bagaimana pula untuk huruf 'T', BM masih mempunyai 'pentafsir', 'pentaksiran'. 2. Bagaimana dengan imbuhan 'Me..' seperti Sunting = Menyunting, Perah = Memerah, Palsu = Memalsukan. Respons tuan/ puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.1. Perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang bermula dengan huruf "T" terkecuali daripada rumus yang tersebut. Contohnya Tafsir (bahasa Arab) - mentafsir, pentafsir dan transformasi (bahasa Inggeris) - mentransformasi.

2. Untuk makluman puan, imbuhan meN- boleh menjadi menjadi empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Imbuhan meN- menjadi me- (memasak), meN- menjadi men- (menderu), meN- menjadi mem- (membaca), meN- menjadi meng- (menggali). Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151.
Tatabahasa28.02.2014

Kembali ke atas