Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngo.so.ngan] | ڤڠوسوڠن

Definisi : perihal atau perbuatan mengo­songkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngo.so.ngan] | ڤڠوسوڠن

Definisi : perihal atau perbuatan mengosongkan: ~ bilik itu adalah utk membolehkan kerja-kerja baik pulih dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan pengosongan dan pengungsian adalah sama, tolong jelaskanPengungsian ialah perihal memindahkan ke tempat yang lebih selamat, manakala pengosongan ialah perihal atau perbuatan mengosongkan sesuatu.Makna21.09.2007
Assalamualaikum, Saya ingin memohon bantuan tuan untuk mendapatkan istilah-istilah bagi perkataan-perkataan ini yang sering digunakan dalam bidang aeroangkasa: 1.Casevac (Casualty Evacuation) 2.Hover, 3.Take-off, 4.Overshoot 5.Medevac

1. casevac (casualty evacuation)-  tidak ada dalam pangkalan data kami.  Istilah bahasa Melayu untuk casualty ialah i. kecederaan  ii. korban iii. kemalangan. Padanan untuk evacuation ialah i. pemindahan ii. pengosongan iii. pengungsian.   

2. hover - hover (bidang Kejuruteraan)

3. take-off - berlepas (bidang Aeroangkasa)

4. overshoot - terlajak atau lajak (bidang Kejuruteraan)

5. medevac (medical evacuation) - tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk medical ialah perubatan. Padanan untuk evacuation adalah seperti di atas (No. 1).

Istilah04.03.2011

Kembali ke atas