Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kuat kuasa
Kata Terbitan : berkuat kuasa, menguatkuasakan, penguatkuasaan, penguat kuasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam penulisan teks, yang mana lebih tepat dan gramatis untuk menulis tajuk atau subtajuk, iaitu: 1. Memantapkan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat; atau 2. Pemantapan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Pemantapan Kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang dengan Masyarakat , lazimnya tajuk/subtajuk ditulis dalam bentuk kata nama. Tatabahasa06.01.2015
Selain itu, pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Dalam ayat ini, dua penanda wacana wujud sekaligus. Saya ingin bertanya adakah kedua-dua penanda wacana iaitu selain itu dan juga boleh wujud dalam satu ayatAyat yang gramatis, "Pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia".Tatabahasa22.07.2016
APA ISTILAH TONTO DALAM BAHASA YANG DAPAT MENERANGKANNYA DENGAN TEPATorang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat dan lain-lain untuk menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain oleh pihak berkuasa:Tatabahasa04.10.2007
adakah perkataan mata-mata mempunyai maksud yang sama dengan penyiasat?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mata-mata bermaksud polis, Polis bermaksud pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang. Penyiasat pula bermaksud orang yang menyiasat atau menyelidik. Walau bagaimanapun mata-mata atau polis menjadi penyiasat apabila melaksanakan kerja-kerja penyiasatan sesuatu kes. Makna08.03.2008
Apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan organisasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah: 1. Program Kesihatan Pergigian (sedia ada) 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 3. Program Pergigian Program berperanan sebagai agensi utama untuk; 1. Menentukan, membangun serta mengkaji semula dasar kesihatan pergigian 2. Menerajui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan berkaitan amalan kesihatan Pergigian Negara 3. Menerajui pengendalian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, melaksana, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian 4. Menerajui pengendalian Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian.Frasa yang sesuai ialah 2. Program Perkhidmatan Kesihatan PergigianLain-lain10.01.2018
Salam 1 Malaysia, Tuan, Saya memohon pencerahan frasa yang betul: Bahagian Undang-Undang dan Penguatkuasaan atau Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan? Sekian, terima kasih.Undang-undang bermaksud peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain) oleh orang-orang tertentu, manakala perundangan pula bermaksud yang berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang perundangan dan kehakiman.
Maka, frasa yang betul ialah Bahagian Undang-undang dan Penguatkuasaan.
Tatabahasa09.11.2014
kuat kuasa. 2 patah perkataan ini apabila ada penambahan awal/akhir seperti dikuat kuasa, dikuatkuasakan, penguat kuasa, berkuat kuasa, penguatkuasaan, apabila jadi kata khas Pegawai penguat kuasa/Pegawai Penguat Kuasa/Pegawai Penguat kuasa. Mohon buat ayat contoh bagi memudahkan kami faham. saya pernah membuat tempahan 'rubber stamp'di sebuah kedai yang biasa kakitangan kerajaan buat local order dimana perkataan 'penguat kuasa' dipersoal oleh seorang guru sekolah kerana menjarakkan perkataan tersebut. sekian terima kasih.

Contoh ayat:

1. Kuat kuasa: Larangan ini berjalan kuat kuasa mulai esok.

2. Berkuat kuasa: Mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg berkuat kuasa spt undang-undang juga

3. Menguatkuasakan: Negeri itu menguatkuasakan undang-undang melarang menuba ikan.

4. Penguatkuasaan: Kita boleh menyekat amalan negatif melalui penguatkuasaan undang-undang dan program moral yang giat diamalkan.  

5. Penguat kuasa: Dia seorang pegawai penguat kuasa yang tegas.

Istilah22.06.2010
Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu makin dipinggirkan oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Media cetak lebih lagi eletronik memburukkan lagi keadaan. DBP tidak ada undang-undang penguatkuasaan. Benci betul saya melihat perkataan 'car wash', parking, private properties dan banyak lagi seolah-olah mencabar bahasa Melayu. Undang2 Kecil Bandaran mengenaan bahasa Kebangsaan siapa pun tak ambil tahu. Menteri-menteri Melayu pun sama tak ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, sanggup jual bangsa, Bahasa Melayu diganti dengan Bahasa mlaysia. Ada orang sanggup cabar di Mahkamah ke? Cakap banyak pun buat sakit hati, apa yang saya boleh bantu DBP dalam mempertabatkan Bahasa Melayu?.Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dalu-alukan dan dihargai. Diharap tuan dapat terus memberikan sokongan kepada usaha dan kegiatan yang kami adakan dari semasa ke semasa. Terima kasih.Lain-lain02.11.2007
Pohon tuan beri cadangan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan "ianya" dalam ayat ini , {Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya}. Saya juga ingin pencerahan, perkataan "kuat kuasa" satu perkataan atau dua, bagaimana dengan penambahan imbuhan "penguatkuasaan".Perkataan "ianya" tidak diperlukan dalam ayat tersebut kerana tanpa "ianya" ayat tersebut sudah betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu.  "Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh didaftarkan oleh Suruhanjaya.

Perkataan kuat kuasa dieja secara terpisah. Apabila menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut dieja satu perkataan seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan tetapi apabila menerima imbuhan awalan perkataan tesebut dieja terpisah seperti penguat kuasa dan dikuat kuasa.
Tatabahasa13.06.2013
Pohon tuan beri cadangan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan "ianya" dalam ayat ini {Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya}. Saya juga ingin pencerahan, perkataan "kuat kuasa" satu perkataan atau dua, bagaimana dengan penambahan imbuhan "penguatkuasaan". Sekian terima kasih.Perkataan "ianya" tidak diperlukan dalam ayat tersebut kerana tanpa "ianya" ayat tersebut sudah betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu.  "Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh didaftarkan oleh Suruhanjaya.

Perkataan kuat kuasa dieja secara terpisah. Apabila menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut dieja satu perkataan seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan tetapi apabila menerima imbuhan awalan perkataan tesebut dieja terpisah seperti penguat kuasa dan dikuat kuasa.
Tatabahasa13.06.2013
12

Kembali ke atas