1)Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah pakaian yang terkenal di Asia.2)Razak sekeluarga sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain.3)Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi.(TOLONG BETULKAN JIKA ADA SALAH DALAM 3 AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH.) | Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah (penggubah) pakaian yang terkenal di Asia. Razak sekeluarga (dan keluarganya) sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain. Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Adakah terjemahan ini boleh digunakan? Industry disruptors - pengubah industri | Disruption diterjemahkan kepada gangguan dalam pelbagai bidang peristilahan. Cadangan kami industry disruptions diterjemahkan kepada pengganggu industri, sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2019 |
Adakah terjemahan ini boleh betul? game changer (person or thing that changed the industry or company) - pengubah industri | Sila berikan ayat penuh dalam bahasa Inggeris supaya kami dapat memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu mengikut konteks ayat | Makna | 28.11.2019 |
Apakah terjemahan yang sesuai dengan Friction Modifier? | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "friction modifier" ialah pengubah suai geseran. | Istilah | 21.03.2016 |
Salam sejahtera, tuan/puan yang dihormati. Apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul bagi perkataan - game changer ? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah game changer ialah pengubah keadaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.06.2023 |
Tuan, Saya nak bertanya mengenai istilah Bahasa Inggeris untuk ditukar kepada Bahasa Malaysia yang tepat 1. Catalytic Converter- 2. Advanced detergent & dispersant properties- 3. Drain interval- Sekian, Terima kasih | 1. catalytic converter - pengubah bermangkin/penukar bermangkin 2. advanced detergent & dispersant properties - ciri-ciri bahan cuci dan bahan serak yang terkini 3. Drain interval - saliran pertengahan | Istilah | 30.06.2009 |
Contoh ayat: "While speed remains the determining factor in races, fuel efficiency is the game changer this year." Apakah istilah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat bagi perkataan "game changer"? | Untuk terjemahkan yang lebih tepat boleh dipanjangkan kepada Institut Terjemahan Malaysia atau Persatuan Penterjemah Negara. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan "Pengubah Permainan". | Penyemakan dan penterjemahan | 26.04.2014 |
Salam sejahtera, apakah terjemahan bagi perkataan "shoe tree"? Ini adalah suatu alat yang dimasukkan di dalam kasut untuk mengekalkan bentuk kasut. Sila rujuk gambar yang dilampirkan. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "shoe tree" dalam pangkalan data kami. Oleh sebab fungsinya untuk mengekalkan bentuk kasut, istilah yang dicadangkan ialah pengekal bentuk kasut atau pengubah suai bentuk kasut. | Istilah | 04.04.2013 |
Saya ingin meminta jasa baik tuan/puan untuk menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Apakah penterjemahan yang betul untuk perkataan "game changer" ke Bahasa Malaysia? Game changer ialah orang yang dapat menggubah situasi atau aktiviti asal kepada keadaan yang lebih baik. Sekian, terima kasih | Padanan bagi istilah game changer dalam bahasa Melayu ialah Pengubah Keadaan. | Istilah | 29.04.2019 |
Tuan, soalan saya ialah untuk tujuan pemasaran perkhidmatan untuk pengguna milenium: 1. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Song Writer" Penulis muzik / Pencipta muzik / Penggubah lagu / Komposer? 2. Adakah penggunaan perkataan "Trending" dibenarkan dalam Bahasa Melayu? Di Astro TV, perkataan "Trending" sering digunakan oleh pembaca berita hiburan. Jika tidak dibenarkan, apakah perkataan yang patut digunakan? Popular / Sohor Kini? 3. Apakah perkataan Melayu yang betul untuk "Scroll"? Skrol atau Tatal? 4. Adakah dibenarkan untuk menggunakan perkataan "Hashtag" (#) yang digunakan secara meluas dalam aplikasi Instagram? Walaupun saya tahu bahawa terdapat perkataan "Tanda pagar" dalam kamus Dewan. Pada pendapat saya, Skrol, Trending dan Hashtag wajar digunakan kerana anak-anak muda lebih cenderung untuk menggunakan perkataan yang seakan Bahasa Inggeris. Diharap tuan dapat memberikan jawapan yang paling tepat (untuk tujuan pemasaran) jika pilihan yang saya berikan di atas adalah tidak tepat. Terima kasih. | 1. Padanan Bahasa Melayu untuk “song writer” ialah pencipta lagu, pengubah lagu, komposer lagu. Pengguna boleh menggunakan mana-mana padanan bahasa Melayu. 2. Trending diberikan padanan Sohor Kini dalam bahasa Melayu. Popular dan Sohor Kini membawa maksud yang sama. Pengguna boleh menggunakan mana-mana perkataan bersesuaian dengan konteks ayat. 3. Pengguna boleh menggunakan skrol atau tatal sebagai padanan bahasa Melayu untuk “scroll”, iaitu salah satu ikon yang terletak di tepi atau di bawah paparan komputer, bertujuan menggerakkan muka surat dengan menggunakan tetikus. 4. Apabila sesuatu perkataan sudah ada dalam bahasa Melayu, perkataan tersebut hendaklah digunakan. Sekiranya bahasa Inggeris digunakan, ini bermakna pengguna telah menggunakan bahasa rojak (percampuran bahasa asing dengan bahasa Melayu) dan tidak menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan dan penulisan. Untuk membiasakan pengguna dengan perkataan baharu, kami mencadangkan istilah bahasa Melayu digunakan dengan istilah bahasa Inggeris dalam kurungan, contohnya ditulis seperti yang berikut: Tanda pagar (hashtag), sohor kini (trending). Apabila perkataan dalam bahasa Melayu kerap digunakan, lama-kelamaan masyarakat akan terbiasa dan merasa tidak jangka menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu. Untuk membiasakan pengguna dengan perkataan baharu, kami mencadangkan istilah bahasa Melayu digunakan dengan istilah bahasa Inggeris dalam kurungan, contohnya ditulis seperti yang berikut: Tanda pagar (), sohor kini (). Apabila perkataan dalam bahasa Melayu kerap digunakan, lama-kelamaan masyarakat akan terbiasa dan merasa tidak jangka menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu. | Istilah | 28.03.2019 |