Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ba.han] | ڤڠوبهن

Definisi : perihal mengubah (mengubahkan), pengalihan, penukaran (kpd sesuatu yg lain): begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yg negatif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ba.han] | ڤڠوبهن

Definisi : perbuatan (proses, cara dsb) mengubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengubahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara perubahan dan pengubahan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perubahan ialah perihal berubah, manakala pengubahan ialah perihal mengubah atau mengubahkan sesuatu.Makna28.12.2009
Selamat petang. Saya mempunyai beberapa soalan yang hendak ditanya. 1) Bagaimanakah cara untuk menterjemah frasa 'a falling stone' ke dalam Bahasa Melayu? 'Batu yang berjatuh'? 2) Apakah perkataan yang seerti dengan perkataan bahasa Inggeris 'update' dan 'update' dalam konteks-konteks seperti: * I need to update the firmware. * I need to upgrade my hardware. 3) Apakah perbezaan 'penukaran' dengan 'pertukaran'? 4) "Meja ini diperbuat daripada kayu" atau "Meja ini dibuat daripada kayu"? 5) Apakah nama rasmi bahasa kebangsaan kita untuk kegunaan formal? 'Bahasa Melayu' atau 'Bahasa Malaysia'? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan saya ini. Saya benar-benar menghargainya."1. Batu yang jatuh 2. update - kemas kini 3. Berdasrkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertukaran bermaksud perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb). Penukaran bermaksud perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan 4. Kedua-dua ayat adalah betul. 5. Nama rasmi bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu.Makna16.07.2013

Kembali ke atas