family strengthening workship | bengkel pengukuhan keluarga | Makna | 27.03.2007 |
Lazimnya, Strategi dalam dokumen ditulis menggunakan kata kerja. Contohnya, Memperkukuh Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Sekiranya Strategi tersebut dijadikan tajuk/subtajuk, adakah ia ditulis menggunakan kata kerja atau ditukar kepada kata nama, iaitu Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih. | Ya, akan menjadi kata nama Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. | Tatabahasa | 13.01.2015 |
Jika tajuk buku tersebut ialah LATIHANAN ASAS PENGUKUHAN ADOBE ILLUSTRATOR CS26, INDESIGN DAN PHOTOSHOP, adakah perkataan adobe illustrator, indesign dan phtoshop perlu italic? Untuk pengetahuan, penggunaan perkataan tersebut jugak banyak digunakan di dalam teks. | Tidak perlu diitalikkan kerana perkataan tersebut merupakan nama khas bagi perisian komputer. | Lain-lain | 17.05.2016 |
saya ingin tahu makna perjatan isbat | Setakat ini, makna perjatan tidak terakam di dalam mana-mana kamus, walau bagaimana pun isbat bermaksud ketetapan, penetapan, pengukuhan, sah (tentu). | Makna | 02.03.2007 |
apa kah padanan untuk perkataan "market rally" dalam bahasa melayu | Istilah "market rally" belum ada lagi padanannya dalam bahasa Melayu. Namun, kami mencadangkan padanan yang sesuai ialah "pengukuhan pasaran" yang merujuk suatu keadaan orang ramai yang berminat membeli sesuatu saham yang pada mulanya jatuh di pasaran. | Istilah | 09.06.2009 |
apakah sumbangan dewan pustaka dan bahasa di Malaysia? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan menyumbang bagi menggerakkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. | Lain-lain | 11.07.2012 |
bingcangkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memperkembangkan Bahasa Melayu. | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. | Lain-lain | 05.04.2008 |
apakah peranan dewan bahasa dan pustaka dalam memperkasa dan memperkembangkan bahasa melayu | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan. | Lain-lain | 03.02.2009 |
Apakah peranan DBP dalam memartabatkan bahasa dan kesan penggunaan bahasa rojak? | DBP telah melaksanakan pelbagai program bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Pemartabatan bahasa kebangsaan ini merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam bidang bahasa, DBP melipatgandakan usaha pembinaan dan pengembangan seperti pembinaan istilah pelbagai bidang, penyelidikan kosa kata, penyusunan kamus, pengukuhan dasar bahasa, pemupukan bahasa, pemantauan bahasa, penataran bahasa, penyebaran bahasa dan perkhidmatan bahasa serta penerbitan bahasa. Dalam bidang sastera, program yang dijalankan ialah pengembangan sastera kebangsaan, penerbitan sastera dan komponan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam bidang penerbitan pula, DBP menerbitkan buku teks, buku rujukan pelbagai bidang peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, dan ensiklopedia. Bahasa rojak memberi kesan kepada pengguna bahasa, khususnya dalam pengucapan lisan. Dalam penulisan pula, bahasa rojak banyak banyak digunakan oleh pengirim SMS dan e-mel. DBP telah mengadakan seminar bahasa rojak pada tahun 2007 dan telah membuat resolusi bagi menangani masalah ini. | Lain-lain | 11.01.2008 |
sejauh mana bahasa melayu telah tersebar? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan. | Lain-lain | 18.10.2010 |