1. Kajian lepas menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" oleh penyelidik lalu. Item dan skala pengukuran bagi instrumen yang digunakan telah disahkan oleh pakar penilai dalam pembinaan item dan pengukuran. Antara kajian lepas yang menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" ialah: i. Garis panduan pembangunan media pengajaran berkonsepkanpenceriataan digital untuk tablet skin sentuh. Tesis UUM. ii. Kebolehpercayaan dan korelasi elemen multimedia dan antara muka tablet dalam menilai penceriataan digital. Artikel berindeks. Pengkaji diminta oleh pemeriksa tesis untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk dimuatkan didalam tesis. 2. Mohon penerangan mengenai perbezaan antara: i. Jarang dengan sekali sekala ii. Sering dengan kerap Terima kasih. | Penggunaan frasa yang betul ialah "sangat tidak setuju" atau "amat tidak setuju". Perbezaan antara "jarang" dan "sekali-sekala" atau “sering” dengan “kerap”. Menurut Kamus Dewan Perdana makna perkataan "jarang" ialah tidak kerap atau tidak rapat kedudukannya antara satu sama lain, manakala “sekali-sekala” ialah ada masa atau ketika atau hanya sesekali sahaja. Perkataan “sering” dengan “kerap” juga tiada banyak perbezaannya. "Sering" ialah secara kerap atau selalu, manakala "kerap" pula bermaksud rapat sehingga tidak kelihatan sela antara satu sama lain atau rapat susunannya antara sama lain | Lain-lain | 06.01.2023 |
Slm, Mohon pihak tuan/puan check ayat di bawah : a) Height measurement = pengukuran ketinggian b)Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi ketawakannya. c)Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) Bahaya untuk kanak-kanak menunggang basikal pada waktu malam. e)Cola boleh diminum oleh manusia dan juga digunakan untuk menghapuskan kotoran. (cola boleh digunakan?) f) ice cube =ais batu tq | a) Height measurement - pengukuran ketinggian b) Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi mengetawakannya. c) Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) ...membahayakan kanak-kanak yang menunggang basikal pada waktu malam. e) Cola boleh diminum oleh manusia dan digunakan juga untuk menghapuskan kotoran. f) ice cube - ais/air batu | Tatabahasa | 18.09.2015 |
Selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai untuk alat pengukuran panjang, iaitu 'road meter' dan 'laser range meter'? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi 1. laser range meter ialah Meter Jarak Laser 2. Road meter ialah Meter Jalan | Istilah | 19.10.2018 |
Salam Sejahtera, Mohon penjelasan terjemahan yang betul bagi pengukuran berat 'TONNE' samada menggunakan 'TAN' sahaja atau 'METRIK TAN'. Terima kasih. | Berdasarkan istilah yang dirujuk, jawapannya ialah tan. | Istilah | 16.02.2009 |
Salam DBP. Saya cuba menterjemahkan perkataan PATIENT REPORTED OUTCOME MEASURES tetapi tidak mendapat perkataan yang sesuai. Saya cuba mencari 'outcome measure' tetapi tiada maklumat kata bagi perkataan tersebut. Antara cubaan terjemahan saya adalah 'alat pengukuran laporan hasil pesakit'. Adakah betul? Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih. | Cadangan kami bagi perkataan PATIENT REPORTED OUTCOME MEASURES ialah PENGUKURAN DAPATAN LAPORAN PESAKIT jika bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.12.2017 |
Askm, saya ingin mendapat maklumat lanjut tentang apakah bentuk bantuan yang boleh pihak DBP berikan sekiranya saya dan beberapa rakan ingin menterjemah sebuah buku pengukuran dan penilaian dalam bidang sains social yang ditulis oleh penulis luar negara untuk pasaran universiti tempatan. Mohon bantuan pihak DBP. Sekian terima kasih. Aidah | Untuk makluman sdr., Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang khidmat perterjemahan, kerja-kerja penterjemahan dikendalikan oleh Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Sdr. boleh menghubungi Puan Saaodah Abdullah di talian 012-2067076/03-21424381(PPM) atau 03-41497210 (ITNM) . | Lain-lain | 31.12.2009 |
Salam sejahtera, Adakah "needle test probes" sesuai diterjemahkan kepada "kuar uji jarum"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Dalam data kami kami, kuar uji ialah jarum logam daripada bahan pengalir yang hujungnya bermata tajam atau bercangkuk yang digunakan untuk memeriksa litar dengan menyentuhkan mata kuar tersebut pada litar. Hujung kuar pula disambungkan pada peralatan pengukuran. Jika needle test probes ialah alat kami merasakan terjemahan yang lebih sesuai ialah jarum kuar uji. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.11.2018 |
Kemurungan telah menjadi penyebab keempat utama bunuh diri di Malaysia dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa, dan status sosio-ekonomi. Prevalens kemurungan di Malaysia adalah 12.2% pada 2018. Pada masa kini, kemurungan telah menjadi salah satu isu yang selalu dikaitkan dengan kehamilan. Wanita sangat berisiko disebabkan perubahan hormon semasa mengandung, melahirkan anak, dan selepas bersalin. Tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti harian, kekurangan sokongan sosial adalah isu utama bagi wanita hamil yang mengalami gejala kemurungan, yang boleh membawa kepada kemurungan selepas bersalin bahkan meningkatan risiko untuk mengalami kemurungan. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan prevalens gejala kemurungan dalam kalangan wanita hamil di Terengganu serta faktor yang berkaitan dengannya. Persampelan pelbagai peringkat digunakan dalam kajian keratan rentas dua fasa ini yang melibatkan 33 orang wanita hamil bagi kajian fasa satu manakala 389 orang hamil bagi kajian fasa dua. Kesemua wanita hamil berada pada trimester kedua dan ketiga, berusia antara 18 - 46 tahun telah dipilih secara rawak dari 12 klinik kesihatan di Terengganu. Pengukuran antropometrik merangkumi berat semasa, berat pra-kehamilan serta tinggi, manakala bagi analisis komposisi tubuh dinilai menggunakan Analisis Impedans Bioelektrik. | Mohon tuan/puan untuk memberikan soalan yang lebih jelas agar memudahkan pihak kami untuk memberikan jawapan yang betul dan tepat. | Lain-lain | 20.08.2021 |