dalam istilah sastera, wujud tak perkataan sinkof ? saya jumpa dalam kamus dewan ialah sinkope. jadi yang mana satu betul, sinkof atau sinkope? untuk istilah kata yang kita ulang dalam puisi, kita sebut repetisi atau perulangan/pengulangan ? antara perulangan/pengulangan mana satu yang tepat? | Ejaan yang tepat ialah sinkope dan pengulangan untuk repetisi. | Lain-lain | 01.08.2007 |
yang manakah betul membawa maksud pengulangan perkataan dalam satu baris, dalam sesebuah syair, 'repetisi' atau 'responsie'. dua buah buku rujukan memberi dua perkataan yang berlainan untuk maksud yang sama. terima kasih | Istilah yang digunakan untuk pengulangan perkataan dalam satu baris dalam puisi ialah REPETISI. | Lain-lain | 20.02.2008 |
SOALAN MENGENAI PENGGUNAAN BENTUK JAMAK - PENGULANGAN SEMUA KATA DALAM FRASA NAMA - YANG SAYA PERHATIKAN KERAP DISEBUT DALAM MAJLIS. ADAKAH BERIKUT BETUL? (1) TAN SRI-TAN SRI? (2) PUAN SRI-PUAN SRI? (3) DATO' SERI-DATO' SERI? DAN SEBAGAINYA. | Pengulangan semua perkataan dalam gelaran seperti contoh yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
Mohon huraian adakah ayat ini gramatis. Terdapat tiga kali pengulangan perkataan 'di' yg menunjukkan tempat. -Pakaian yang selesai dibasuh dijemur di ampaian di halaman rumah di bawah panas matahari. Terima kasih atas penjelasan. | Ayat "Pakaian yang selesai dibasuh dijemur di ampaian di halaman rumah di bawah panas matahari." adalah betul walaupun terdapat pengulangan tiga sendi nama "di" yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
soalan brkenaan sastera: 1.naksud sebenar rima akhir-pengulangan bunyi akhir atau huruf akhir baris puisi.saya keliru | Rima ialah skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. Kekeliruan anda mungkin menyangka huruf akhir baris puisi yang dinyatakan dalam sesuatu penerangan sama ada buku atau ceramah adalah sama dengan rima akhir dan pergulangan bunyi akhir. Sebenarnya rima akhir dan pergulangan bunyi adalah sama dan huruf akhir pula ada tanda yang digunakan untuk menunjukkan pergulangan bunyi atau rima seperti contoh di atas. | Lain-lain | 15.02.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan aliterasi | Maknanya ialah pengulangan bunyi atau huruf pertama (pd) beberapa perkataan yg berturutan (dlm sesuatu baris, terutamanya dlm sajak). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 10.12.2008 |
maksud Anafora.metafora dan simile | Merujuk Kamus Dewan, anafora bermaksud (Sas) pengulangan sesuatu kata atau frasa pd permulaan beberapa kalimat atau klausa yg berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu. Manakala metafora ialah (Lin) pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan). Simile pula ialah perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain, mis bodoh macam lembu. | Lain-lain | 19.06.2010 |
saya ingin tahu, bolehkah penggunaan perkataan yang berulang kali dalam satu ayat.tolong berikan jawapan serta sumber rujukan | Pengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat dibenarkan, tetapi penulis digalakkan menggunakan perkataan yang berbeza bagi memperbanyakkan perbendaharaan kata. | Lain-lain | 19.09.2008 |
Bolehkah perkataan "SENARAI" diikuti dengan kata ganda. Contoh : "Senarai nama murid-murid....". Kekeliruan muncul kerana pada saya, "Senarai" telah menunjukkan banyak. Macam perkataan "Semua". Kita tidak boleh guna bersama kata ganda. Contoh "Semua murid-murid...". Sepatutnya "Semua murid...." | Kata ganda merujuk kepada perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasarnya, sama ada pengulangan sepenuh (rumah-rumah), (baik-baik) atau sebahagian (lelaki,lauk-pauk). Bagi membantu saudara menjawab persoalan yang dikemukakan ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan edisi Baharu atau Buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. | Lain-lain | 25.09.2007 |
Dalam keadaan mana boleh digunakan perkataan berganda seperti negera-negara, mereka-mereak dan sebagainya | Encik Ahmad Kamil, Perkataan negara-negara digunakan dalam konteks penggandaan atau pengulangan untuk menunjukkan banyak atau jamak. Walau bagaimanapun, apabila kata ini disertai kata jamak seperti semua, banyak dan sebagainya kata negara tidak lagi digandakan atau diulang. Bagi kata mereka, kata ini tidak digandakan atau diulang memandangkan bahawa kata ini sudah menunjukkan banyak atau jamak. | Tatabahasa | 10.04.2010 |