Mohon pengesahan. Ayat : Maklumat terperinci seperti di Rajah 1-1. 1) Penggunaan yang betul bagi ayat diatas : "Maklumat" atau "Penerangan" atau "Keterangan". 2) Penggunaan bagi merujuk rajah "di Rajah 1-1" atau "pada Rajah 1-1" atau "dalam Rajah 1-1" | 1) Merujuk Kamus Dewan maklumat sama maknanya dengan pemberitahuan, pengumuman dan keterangan, manakala penerangan bermaksud menerangkan atau menjelaskan sesuatu. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut berdasarkan makna yang hendak disampaikan. 2) Penggunaan yang betul ialah "pada Rajah 1-1" dan "dalam Rajah 1-1". | Tatabahasa | 21.08.2011 |
1.Rani menulis pengumuman lalu menampalkannya pada sehelai kertas di papan kenyataan. Atau Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya di papan kenyataan. 2. Penunggang -penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan. Atau Penunggang -penunggang harus menggunakan laluan basikal yang disediakan. | 1. Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya pada papan kenyataan. 2. Penunggang-penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan.
| Tatabahasa | 07.05.2014 |
Ismail Narasantikun Aug 2nd, 11:13pm Salam hormat dari saya dua kata ini adakah betul kedua-kedua pengisytiharan perisytiharan | Salam hormat, 1. Pengisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. 2. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua kata itu betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 02.08.2015 |
1) Perkataan Seerti dengan berita. 2) Apa maksud wacana ilmu. | perkataan seerti berita ialah pengumuman, perkhabaran. pemakluman dan wacana ialah1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; ------- ilmu | Makna | 03.12.2007 |
Berikut, manakah penggunaan yang betul 1. Pernyataan Polisi 2. Penyataan Polisi 3. Pernyataan Dasar 4. Penyataan Dasar | Pernyataan bermakna pengumuman, pemberitahuan atau pemakluman; manakala penyataan pula bermakna perbuatan menyatakan (melahirkan, dll). Dalam contoh frasa yang diberikan, penggunaan yang sesuai ialah pernyataan. | Tatabahasa | 28.03.2018 |
Salam sejahtera, apakah istilah atau terma bagi ayat yang digunakan sebelum pengumuman sesuatu acara ketika mengacarakan majlis? Contohnya: 1. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian 2. Yang Berbahagia Dato', tuan-tuan dan puan- yang dihormati sekalian dan seumpamanya. Adakah ia juga dikategorikan sebagai penanda wacana? Terima kasih. | Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dan sebagainya. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana, sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar. Berdasarkan contoh yang diberikan, frasa tersebut dikategorikan sebagai “kata-kata aluan”. | Tatabahasa | 09.09.2022 |
maksud dedikasi | Maksud dedikasi ialah 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd seseorang atau sesuatu. T kasih. | Makna | 31.07.2008 |
1)Apakah kata seru yang sesuai bagi ayat di bawah?EH/ADUHAI?Mohon penjelasan yang lebih lanjut daripada pihak tuan. ________, bila agaknya tarikh pengumuman tarikh keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! Adakah perkataan "Diam" sesuai untuk ayat di bawah? -Kami sekeluarga telah lama ____________ di taman perumahan ini. | 1. Ayat tersebut tidak memerlukan kata seru. Ayat tersebut lebih sesuai sebagai ayat tanya. 2. Penggunaan perkataan diam betul dalam ayat. | Tatabahasa | 19.08.2013 |
1. Perkataan "wara" ialah kata nama atau kata sifat atau sebagainya? 2. Perkataan Inggeris "translingual" bermaksud diterima oleh kebanyakan bahasa contohnya "cm" . Adakah "translingual" dalam Melayu ialah "rentas bahasa" atau lain? | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wara sama maksud dengan wara-wara, pemberitahuan , pengumuman dan pengisytiharan. Berdasarkan maksud tersebut, war-war merupakan kata nama. 2. Tidak ada maklumat tetang translingual dalam data kami. Melalui carian kami di internet, translingual boleh membawa beberapa maksud antaranya, wujud dalam pelbagai bahasa atau mempunyai makna yang sama dalam banyak bahasa. | Tatabahasa | 09.06.2014 |
Salam... adakah teks ini betul...ini adalah pengumuman di stesen keretapi " Panggilan untuk atau kepada?? Penumpang tren no# bla3.... dipersilakan ke platform # gate # untuk perlepasan. Tren akan berlepas atau membuat perjalanan??? Pada jam bla3... Terima kasih atas bantuan. | 1. Panggilan kepada... 2. Penumpang tren nombor....dipersilakan ke platform...pintu...untuk pelepasan. 3. Tren akan berlepas pada pukul... | Tatabahasa | 22.12.2015 |