Adakah penggunaan kata dalam ayat berikut betul: 1. Pengunduran Li Dan dari Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei. 2. Ia adalah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. 3. Bila berada di permukaan air, ia menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. 4. Dari segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. 5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan di dalam tulisan daripada di dalam pertuturan. | 1. Pengunduran Li Dan daripada Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei. 2. Dugong ialah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang. Perlu menggunakan nama binatang tersebut. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya) 3. Apabila berada di permukaan air, ikan itu menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang) 4. Daripada segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. (dari hanya digunakan untuk tempat dan masa) 5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan tulisan daripada pertuturan. ('Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. | Tatabahasa | 15.02.2013 |
Apakah terma dalam bahasa Malaysia yang paling sesuai dengan terma "education disengagement"? | Cadangan padanan bagi istilah education disengagement dalam bahasa Melayu ialah pengunduran pendidikan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.02.2025 |