maksud pengungsian | Pengungsian bermaksud perihal mengungsi (mengungsikan); tempat mengungsi. 'Ungsi' bermaksud berpindah ke tempat lain supaya selamat. | Makna | 31.03.2008 |
Soalan saya apakah istilah PENGUNGSIAN Contoh ayat : PENGUNGSIAN BANGUNAN akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut. | Istilah bahasa Inggeris bagi pengungsian ialah evacuation. | Istilah | 02.08.2010 |
adakah perkataan pengosongan dan pengungsian adalah sama, tolong jelaskan | Pengungsian ialah perihal memindahkan ke tempat yang lebih selamat, manakala pengosongan ialah perihal atau perbuatan mengosongkan sesuatu. | Makna | 21.09.2007 |
Assalamualaikum, Saya ingin memohon bantuan tuan untuk mendapatkan istilah-istilah bagi perkataan-perkataan ini yang sering digunakan dalam bidang aeroangkasa: 1.Casevac (Casualty Evacuation) 2.Hover, 3.Take-off, 4.Overshoot 5.Medevac | 1. casevac (casualty evacuation)- tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah bahasa Melayu untuk casualty ialah i. kecederaan ii. korban iii. kemalangan. Padanan untuk evacuation ialah i. pemindahan ii. pengosongan iii. pengungsian. 2. hover - hover (bidang Kejuruteraan) 3. take-off - berlepas (bidang Aeroangkasa) 4. overshoot - terlajak atau lajak (bidang Kejuruteraan) 5. medevac (medical evacuation) - tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk medical ialah perubatan. Padanan untuk evacuation adalah seperti di atas (No. 1). | Istilah | 04.03.2011 |