Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngun.jung] | ڤڠونجوڠ

Definisi : orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat, pelancong: pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para ~ datang ke sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngun.jung] | ڤڠونجوڠ

Definisi : orang yg berkunjung atau yg mengunjungi; pelawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Mohon pengesahan tuan, mana satukah yang betul: 'Pengunjung ke-1000' atau 'Pengunjung ke-1,000'? Terima kasih.Salam,

Jawapan yang lebih tepat ialah Pengunjung ke-1000.                                                    
Tatabahasa25.06.2015
Perbezaan antara pelawat, pengunjung dan pelancong.Menurut Kamus Dewan, pelawat ditakrifkan sebagai orang yg melawat atau pengunjung.Pelancong pula ditakrifkan sebagai orang yg melancong. Contoh ayat :Kedua-dua bandar itu selalu dilawati pelancong kerana pemandangannya yg cantik. Pengunjung pula ditakrifkan sebagai orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat atau pelancong. Contoh ayat: Pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para pengunjung datang ke sana.Makna08.09.2007
Adakah ayat ini betul tatabahasanya? Banyak pengunjung berduyun-duyun memasuki zoo.Berduyun-duyun telah membawa maksud jamad, ayat yang gramatis "pengunjung berduyun-duyun memasuki zoo".Tatabahasa14.07.2012
Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak.Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan.
1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah.
2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini.
3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya.  
4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai.
5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak
Tatabahasa05.04.2013
Adakah perkataan 'viral' dalam ayat di bawah boleh digunakan? Saya tidak menjumpai perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam konteks ayat tersebut. Sebenarnya ayat tersebut hendak digunakan sebagai soalan latihan matematik sekolah rendah. Terima kasih. Sebuah tayangan video telah menjadi viral dalam sebuah laman web. Pada hari pertama tayangan, bilangan pengunjung yang menonton video itu ialah 245 102 orang. Pada hari keempat pula, bilangan pengunjung menjadi 245 702 orang. Bilangan pengunjung meningkat pada setiap hari adalah sama banyak. Berapakah bilangan pengunjung yang menonton video itu pada hari kedua dan ketiga?Untuk makluman, dalam pangkalan data kami tidak terdapat maksud "viral" yang berkaitan dengan makna tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk "viral", iaitu virus. Sekiranya kita merujuk kepada Internet, "viral" bermaksud imej, video, maklumat dan sebagainya yang merebak dengan pantas dan meluas daripada seorang pengguna Internet kepada pengguna internet yang lain.Tatabahasa27.04.2015
ADAKAH AYAT INI BETUL? Seorang pengunjung sedang merakam gambar monyet yang bergayut di dahan pokok.Penggunaan "di" dalam ayat tersebut perlu ditukar kepada "pada" (...pada dahan pokok).Tatabahasa24.06.2015
No Smoking Announcement in Shopping ComplexKami ingin mengingatkan pengunjung supaya sentiasa menjaga barang peribadi terutama di kawasan tumpuan ramai. Berjaya Times Square juga ialah Kawasan Dilarang Merokok atau Bangunan Bebas Rokok. Semoga anda gembira dan selesa berada di sini.Penyemakan dan penterjemahan08.10.2013
1." Saya ternampak seekor ular sedang (melingkar/membelit/menyusur) di bawah pokok itu." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 2. " Banyak pengunjung sedang ( berlambak-lambak/ berdedai-dedai) ke pesta sukan air tersebut." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 3. "Jabatan ini menghubungkan Kampung A (dan/dengan) Kampung B" Apakah jawapannya? Saya akan menanti jawapan anda..Terima kasih atas bantuan anda.

1. Saya ternampak seekor ular sedang melingkar di bawah pokok itu.

2. Banyak pengunjung sedang berdedai-dedai ke pesta sukan air tersebut.

3. Jambatan ini menghubungkan Kampung A dan Kampung B.

Tatabahasa10.07.2009
Selamat malam! Manakah yang merupakan ayat yang betul. Sila juga menjelaskan kesalahan ayat yang lain, terima kasih! I Pusat beli-belah itu sungguh hingar-bingar dengan suara para pengunjung. II Menjadi pelajar terbaik sekolah merupakan hasrat hati Fiazal setelah sekian lama. III Usaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR akan dilakukan okeh Aizat sebaik-baik mungkin. IV Hajatnya yang setinggi gunung itu diluahkan abang kepada ayah pada malam itu.Ayat yang betul ayat II dan ayat IV. Ayat I perlu dipinda menjadi Pusat beli-belah itu hingar-bingar dengan suara pengunjung. Ayat IV menjadi Untuk mencapai kejayaan dalam PMR, Aizat akan berusaha sebaik mungkin.Tatabahasa25.07.2014
Tuan, Ayat dalam petikan. Keistimewaan pulau ini ialah terumbu karang yang terbesar di Asia yang mampu menggamit pengunjung dengan batu karangnya yang tumbuh mengelilingi pulau ini serta kawasan pantai yang cantik. Soalannya: Perkataan menggamit dalam petikan bermaksud ? A. memanggil B. memerhati C. menarik D. mencuit Yang manakah jawapannya?Menggamit sama maksudnya dengan mencuit, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menggamit.Tatabahasa26.06.2012
12

Kembali ke atas