Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.pa.ya.an] | ڤڠوڤاياءن

Definisi : perihal (perbuatan, tindakan, usaha dsb) menjadikan berupaya (berke-mampuan, berkebolehan dsb) utk mencapai sesuatu: sistem yg lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi teras kpd pembinaan keusahawanan; isu yg lebih penting ialah ~ golongan miskin ini utk mempunyai pen-dapatan yg lebih tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.pa.ya.an] | ڤڠوڤاياءن

Definisi : perihal atau perbuatan mengupayakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengupayaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah istilah pengupayaan bermaksud empowerment dalam bahasa Inggeris?Padanan empowerment ialah pemberian kuasa atau pemerkasaan.Istilah22.03.2013
Saya sedang membuat penyelidikan mengenai PSYCHOLOGIKAL EMPOWERMENT Dan kepuasan kerja guru.. Pertanyaan saya ialah bolehkah saya menggunakan perkataan : 1. PSYCHOLOGIKAL itu di terjemah sebagai PSIKOLOGIKAL bukannya PSIKOLOGI..memandangkan psikplogokal adalah perkataan sekunder. 2. Perkataan EMPOWERMENT ini mempunyai banyak maksud iaitu memperkasa Dan pengupayaan. boleh atau tidak Dari segi bahasa saya memterjemahkan kepada PENGUPAYAAN PSIKOLOGIKAL.. 3..Adakah EMPOWERMWENT ini boleh dipinjamkan menjadi bahasa melaysia..Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk "psychological" ialah psikologi (tidak ada perkataan psikologikal dalam bahasa Melayu). Untuk menentukan sama ada perkataan memperkasa atau pengupayaan yang sesuai digunakan, bergantung pada konsep atau maksud perkataan tersebut. Oleh sebab DBP tidak mempunyai istilah tersebut dalam pangkalan data istilah, kami tidak pasti konsep istilah tersebut dan tidak dapat memberikan padanan yang tepat. Sekiranya tuan mengetahui konsep istilah tersebut, tuan boleh menentukan istilah yang lebih sesuai dan tepat.Istilah14.10.2014

Kembali ke atas