Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ra.ngan] | ڤڠورڠن

Definisi : perihal atau perbuatan mengurangi (mengurangkan), penyusutan: ~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ra.ngan] | ڤڠورڠن

Definisi : perbuatan atau hal mengurangkan; penyusutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "sistem slimming" sesuai diterjemahkan kepada "pengurangan sistem" atau "pelangsingan sistem"? Digunakan dalam perisian(Teknologi maklumat) Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Pada pandangan kami, terjemahan bahasa Melayu bagi slimming system ialah pengurangan sistem yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat.Penyemakan dan penterjemahan31.01.2018
Mohon bantuan pihak DBP untuk khidmat nasihat untuk mengalih bahasa: Selective Catalytic Reduction (SCR) System. Kami berpendapat bahawa perkataan diatas bermaksud: Sistem Pemangkin Pengurangan Selektif (SCR) dalam bahasa melayu. Mohon khidmat nasihat dan pengesahan pihak DBP

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi perkataan Selective Catalytic Reduction (SCR) System. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan terjemahan Sistem Pengurangan Bermangkin Terpilih sebagai padanan untuk perkataan Selective Catalytic Reduction (SCR) System.

Penyemakan dan penterjemahan23.07.2019
Tuan/Puan, Apakah penterjemahan yang tepat untuk frasa "signature reduction devices", (dalam konteks aksesori senjata). Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah signature reduction ialah pengurangan tanda kenal. Bagi istilah signature reduction devices, padanan istilah yang bersesuaian ialah alat pengurangan tanda kenal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.02.2023
Adakah padanan mitigation sesuai dengan mitigasi?Padanan bahasa Melayu bagi istilah mitigation ialah pengurangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah25.09.2024
Pohon nasihat berhubung perkataan yang sesuai yang boleh digunakan dalam bahasa melayu bagi perkataan remission dalam konteks percukaian. Pada kebiasaannya ianya diterjemahkan sebagai peremitan yang membawa maksud pengurangan atau penghapusan sepenuhnya cukai atau duti setem yang kena dibayar. Istilah remission telah diterjemahkan kepada peremitan dalam -perundangan subsidiari. Pohon nasihat pihak puan sama ada perkataan remisi juga boleh digunakan untuk menterjemahkan perkataan remission tersebut.Padanan bagi istilah remission dalam bahasa Melayu ialah pelepasan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.09.2025
Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan mitigasi?Perkataan mitigasi ialah terjemahan perkataan mitigation dalam bahasa Melayu tetapi hanya digunakan dalam bidang pertanian. Dalam bentuk kata umum, mitigation diterjemahkan kepada pengurangan.Penyemakan dan penterjemahan02.04.2014
salam saya ingin bertanya apakah maksud dan penggunaan perkataan mitigate & mitigation.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan mitigate ialah mengurangkan, meringankan dan mitigation pula ialah pengurangan.Makna21.05.2010
Selamat sejahtera tuan/puan. Soalan saya, apakah istilah yang tepat untuk "The time displacement theory" yang sering digunakan dalam bidang teknologi dan media ini? Time displacement theory bermaksud, penggunaan masa yang besar untuk satu jenis aktiviti akan menyebabkan pengurangan masa bagi aktiviti yang selainnya. Saya masih ragu-ragu untuk memilih antara istilah "pengalihan", "peralihan" atau "penggantian". Terima kasih atas pencerahan.Padanan bahasa Melayu untuk time displacement theory ialah "teori sesaran masa".Makna15.12.2021
Salam. adakah governan boleh diistilahkan sebagai tadbir urus? Ayat: mempraktikkan faktor-faktor governan yang baik dalam program khidmat masyarakat? Perbezaan governan dan tadbir urus apa ya? Kedua ialah program kitar, Ketiga ialah perkembangan program kitar semula, Keempat ialah usaha pengurangan .Adakah betul penggunaan ialah? Ayat: bertambahnya pengantaramukakan antara pihak berkepentingan. Adakah perkataan pengantaramukakan betul?
  1. Istilah yang tepat ialah “tadbir urus”. Berdasarkan data kami, istilah “tadbir urus” merupakan padanan bagi istilah “governance”.
  2. Penggunaan kata pemeri “ialah” pada contoh ayat yang diberikan adalah betul.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan pengantaramukaan yang bermaksud proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dan lain-lain yang berlainan supaya dapat saling berhubung. Namun, istilah ini digunakan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan yang sesuai digunakan ialah campur tangan.
Tatabahasa20.12.2021
Saya ingin bertanya mengenai istilah sesuai bagi Mitigation. Mitigation yang saya maksudkan ialah dari segi Undang-Undang. Rujukan untuk memahami maksud Mitigation https://www.kehakiman.gov.my/sites/default/files/2020-04/CRIMINAL%20PROCEEDING_Compressed_0.pdf (muka surat 2 di bawah tajuk "Plea of mitigation"), atau lampiran Fail yang saya sertakan, pada muka surat dan tajuk yang sama. Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi istilah mitigation ialah pengurangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Dalam bidang undang-undang, padanan bahasa Melayu bagi istilah mitigation of damage ialah pengurangan ganti rugi.


Istilah09.04.2023
12

Kembali ke atas