Saya ingin penjelasan berkaitan penterjemahan yang paling tepat bagi gelaran berikut: 1) Head, Group Human Resource Management Penterjemahan yang kami guna adalah: "Ketua, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan" Tapi ada yang kata penterjemahan yang tepat adalah "Ketua, Pengurusan Sumber TENAGA Manusia Kumpulan" | Terjemahan yang sesuai bagi Head, Group Human Resource Management ialah Ketua Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia | Makna | 24.08.2017 |
Assalamualaikum w.b.t/ selamat sejahtera. Saya Zaulin binti Ismail, pelajar PhD jurusan Pengurusan Sumber Manusia di Pusat Pengajian Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB). Saya ingin bertanya, adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan perkhidmatan proofread bagi penulisan (cadangan kertas kajian) berbahasa Melayu? Sekiranya ada, boleh saya tahu maklumat lanjut? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman puan, pihak DBP menyediakan penyemakan dokumen rasmi seperti laporan, garis panduan dan sebagainya. Pihak DBP tidak menyediakan penyemakan untuk kertas kajian. | Lain-lain | 30.10.2023 |
Yang manakah untuk tajuk tesis yang betul? "PENGARUH GREEN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT PRACTICES TERHADAP PENGLIBATAN KERJA" atau "PENGARUH AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA HIJAU" TERHADAP PENGLIBATAN KERJA | Untuk makluman puan, DBP tidak membuat penyemakan tajuk tesis. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya yang baik dan betul perlu digunakan dalam penulisan tajuk tesis. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.10.2024 |
adakah dbp boleh memberikan tajaan/sumbangan bagi program pelajar universiti? | Tuan/Puan boleh cuba menghantar surat kepada Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk bertanyakan hal ini. Walau bagaimanapun DBP tidak menawarkan Derma Siswa kepada pelajar bidang undang-undang. | Lain-lain | 23.06.2016 |
Assalamualaikum w.b.t Tuan/Puan Akademi Sains Malaysia (ASM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM-ASM) berminat untuk mengetahui lebih lanjut sekiranya DBP ada menyediakan perkhidmatan latihan (in-house) untuk kakitangan ASM berkaitan Pemantapan Bahasa Melayu Lanjutan / Penggunaan Bahasa Melayu Profesional memandangkan pegawai kami mempunyai masalah dalam penulisan dan pertejemahan Bahasa Melayu yang betul. Sekian, terima kasih. | DBP amat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas komitmen pihak puan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Untuk maklumat mengenai kursus yang dianjurkan oleh DBP, puan boleh menghubungi Akademi DBP melalui: 1) Dr. Haji Santrol Abdullah Ketua Akademi DBP 03-21470201/1201 / santrol@dbp.gov.my 2) Puan Noraini binti Abd Shukor 03-21479230 / aini76@dbp.gov.my 3) Akademi DBP akademi@dbp.gov.my
| Lain-lain | 06.04.2023 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, pihak DBP JB ada mengiklankan kekosongan jawatan tak? | Pihak tuan boleh sentiasa merujuk laman web DBP atau boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia DBP berkenaan iklan kekosongan jawatan DBP. Nombor telefon: 03-21479292. Terima kasih. | Lain-lain | 22.02.2018 |
Fyruqi Yussof Jul 6th, 9:53am Assalamualaikum Tuan/Puan..saya ingin bertanya adakah jawatan bagi Pegawai tadbir N41 bagi caw Kota Kinabalu telah diisi..?? | Sila hubungi Pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Fairuz Yaacob melalui talian 03-21479341 atau e-mel fairuz@dbp.gov.my. | Lain-lain | 06.07.2015 |
Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan saya dalam DBP Ai | Salam sejahtera puan budiman, Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu: 1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau 2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341 | Lain-lain | 22.06.2019 |
Mohon bantu terjemahkan perkataan berikut: People & Capital Resources Department - Pandangan saya Modal Insan & Pengurusan Aset (Skop kerja Sumber Manusia, Pengurusan Aset Kenderaan dan Fasiliti) Talent Acquisition & Rewards - | Cadangan terjemahan bagi People & Capital Resources Department ialah Jabatan/Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Aset Cadangan terjemahan: Talent Acquisition & Reward - Pemerolehan Bakat dan Ganjaran | Penyemakan dan penterjemahan | 20.12.2018 |
Wan ShahirahView Profile Actions TUES 17:50 Wan Shahirah Wan salam boleh tak saya nak minta email DBP untuk hantar resume latihan industri | Untuk pertanyaan mengenai tentang latihan industri boleh hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui talian 03-21479693 (Azhar bin Mohamad Dora). | Lain-lain | 15.11.2016 |