Salam sejahtera Tuan/Puan yang dihormati. Saya ingin mengajukan soalan berkenaan terjemahan istilah "reviewer" dalam konteks kajian saintifik? Adakah istilah "penilai semula" sesuai bagi konteks ini? Juga, adakah istilah "penilaian setara" boleh digunakan sebagai terjemahan bagi "peer review"? Antara istilah "pengulas" dan "penilai semula", yang manakah lebih sesuai bagi "reviewer of a scientific journal"? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu, iaitu penilai semula untuk reviewer dalam konteks kajian saintifik boleh diterima. Begitu juga dengan penialian setara untuk peer review. Namun begitu, kami mencadangkan “penilai semula” lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan jurnal yang belum diterbitkan, manakala “pengulas” untuk menilai jurnal yang telah diterbitkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.02.2018 |
Sebulan telah berlalu, saya cuma ingin tahu status manuskrip Memori Silam 1 dan Memori Silam 3. Terima kasih. Saya difahamkan ia hanya memakan masa 1 bulan untuk penilai menyatakan manuskrip tersebut layak diterbitkan atau tidak. Terima kasih. | Manuskrip saudara telah diterima dan akan dibawa ke mesyuarat penilaian Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sasera Kanak-kanak, dan seterusnya akan dihantar kepada penilai luar, sekiranya kedua-dua mesyuarat dan penilai luar mendapati karya saudara layak untuk diterbitkan, pihak kami akan membawanya ke mesyuarat Jawatankuasa Editorial. | Lain-lain | 18.06.2009 |
Soalan 1: Apakah istilah Bahasa Malaysia bagi istilah Bahasa Inggeris berikut: (1) inter-rater (2) intra-rater Jawapan Soalan 1: Sila kemukakan konteks penggunaan bagi istilah "inter-rater" dan"intra-rater" untuk pihak kami mencari padanan yang bersesuaian. Soalan 2: "inter-rater" dan "intra-rater" merujuk kepada "inter-rater reliability" dan "intra-rater reliability" dalam bidang statistik, di mana "reliability" ialah kebolehpercayaan. "inter-rater" adalah antara penilai, manakala "intra-rater" adalah "test-retest" pada penilai yang sama (sesama sendiri). | Cadangan awal padanan "intra-rater reliability" dan "inter-rater reliability" ialah "kebolehpercayaan penilai dalaman" dan "kebolehpercayaan penilai antara". Istilah ini akan diperhalusi dan jika ada maklumat terbaharu kami akan menghubungi tuan melalui e-mel yang didaftarkan. | Tatabahasa | 11.10.2018 |
salam sejahtera bagaimanakah caranya saya boleh mengetahui bahawa karya saya terpilih untuk diterbitkan. | Terima kasih kerana berminat dalam bidang penulisan. Untuk makluman saudara, setiap karya yang dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka akan dinilai oleh editor dan penilai pakar untuk menentukan sama ada karya tersebut wajar diterbitkan. Pegawai projek akan memaklumkan kepada saudara secara bertulis sama ada karya tersebut diperakui penerbitannya oleh penilai. Untuk makluman saudara, sekiranya karya tersebut layak diterbitkan atas perakuan penilai, pengurus projek akan menyediakan laporan manuskrip untuk diajukan kepada mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan. Saudara akan dimaklumkan secara bertulis tentang keputusan daripada kedua-dua jawatankuasa tersebut. | Lain-lain | 11.03.2008 |
Saya memerlukan maksud dalam bahasa melayu yang paling tepat bagi istilah berikut: 1. severity - penggunaan istilah ini menunjukkan pemeriksa/penilai yang tegas. 2. leniency - penggunaan istilah ini menunjukkan pemeriksa yang pemurah atau baik hati | DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk konteks yang diberikan. Kami berpendapat perkataan tegas, pemurah atau baik hati boleh digunakan dalam konteks yang diberikan. | Istilah | 07.03.2016 |
Saya ingin mengetahui ciri - ciri sebuah sastera yang baik. | Sebuah sastera yang baik, sila baca: 1. Karya sasterawan negara kerana karya-karya tersebut telah dianggap bermutu oleh ahli panel penilai. 2. Karya yang menang hadiah kerana karya tersebut telah melalui proses penilaian. 3. Karya dalam majalah kerana semua karya tersebut telah melalui proses penyuntingan oleh editor. | Lain-lain | 22.11.2007 |
Salam Sejahtera.. Saya ingin tahu mengenai proses penerbitan. Sekiranya status manuskrip ialah Jawatankuasa Penerbitan (JKP), berapa lamakah masa diambil untuk kelulusan? Yg kedua, apakah kriteria yang dibincang dalam JKP walhal telah dinilai oleh penilai pakar DBP? Dan proses apa dilakukan selepas dilulus JKP ? Terima kasih. | Proses penerbitan terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak (reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Pencetakan, dan Penjualan/Pemasaran. Mesyuarat JKP biasanya diadakan empat kali setahun. Kelulusan judul diputuskan dalam Mesyuarat JKP bagi judul yang dilaporkan dalam mesyuarat tersebut. Walaupun telah dinilai, laporan manuskrip perlu dimajukan ke Mesyuarat JKP untuk pertimbangan kelulusannya. JKP merupakan punca kuasa untuk menerbitkan sesebuah manuskrip. Setelah manuskrip diluluskan oleh JKP, proses seterusnya ialah penyuntingan kopi, dan seterusnya seperti yang dijelaskan di atas. | Lain-lain | 30.03.2012 |
Assalamualaikum, Terima kasih atas jawapan pihak tuan berkaitan ayat meniup lilin dan menghembus lilin. Dalam satu buku latihan UPSR terdapat soalan berkenaan yang memerlukan murid memilih meniup lilin atau menghembus lilin. Buku tersebut dinilai oleh Panel Penilai Guru Cemerlang Malaysia. Apakah pandangan pihak tuan jika murid diminta memilih antara meniup lilin dengan menghembus lilin.Yang mana satukah lebih tepat dan betul dari segi bahasa? | Kamus Dewan menakrifkam meniup sebagai perbuatan mengenakan nafas (yang kuat pada); sama makna dengan menghembus. Berdasarkan makna yang tersebut, kedua-dua pilihan jawapan yang diberikan (meniup lilin dan menghembus lilin) adalah betul. Dalam hal ini kami mencadangkan saudara merujuk terus dan berbincang dengan penulis/penerbit buku berkenaan kerana kami menerima pakai makna yang dirakam dalam Kamus Dewan. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Saya telah menghantar dua buah manuskrip kepada DBP dalam Jun 2008, untuk jabatan Purnama. Saya ingin tahu perkembangan terkini manuskrip itu. Judulnya ialah: a) Memori Silam 1 b) Memori Silam 3 Terima kasih | Manuskrip saudara telahpun diterima dan telah didaftarkan dalam senarai penerimaan manuskrip dbp. Kedua-dua manuskrip tersebut sedang menunggu giliran untuk dihantar kepada penilai. Setelah dinilai oleh penilai luar, jika manuskrip tersebut disarankan untuk diperbaiki, akan kami hantar kepada penulis semula untuk dibaiki, dan jika dicadangkan untuk diterbitkan, kami bawa ke Jawatankuasa Editorial DBP untuk kelulusan penerbitan. Pihak kami memohon maaf atas kelewatan ini kerana di PURNAMA hanya terdapat 3 orang editor yang mengendalikan semua projek penerbitan di samping kerja-kerja lain. | Lain-lain | 04.05.2009 |
saya nak tahu cara untuk menghantar karya kepada DBP untuk diterbitkan?? saya pelajar IPGM kampus bahasa melayu dan saya mula bergiat dalam penulisan puisi...oleh yang demikian saya ingin cuba nasib menghatar karya saya ke DBP untuk diterbitkan.... | Terima kasih atas pertanyaan sdr. Karya sdr berupa puisi (asli dan bukan plagiat) perlulah dikumpulkan sekurang-kurangnya 100 buah (bermutu). Lagi banyak puisi dikumpulkan dan disertakan untuk dihantar kepada DBP lagi baik. Dalam hal ini, pakar penilai berkemungkinan besar akan menggugurkan puisi-puisi yang difikirkan tidak kuat atau tidak bermutu. Bagi memudahkan untuk penilaian oleh pakar yang dilantik oleh DBP, sdr perlulah menyusun kemas puisi tersebut mengikut contoh atau format antologi/kumpulan (buku) puisi yang telah diterbitkan oleh DBP. Format tersebut perlulah mengandungi judul (kulit luar) dan nama pengarang, kandungan puisi, teks puisi dan biodata lengkap penulis. Karya yang dikirimkan perlulah dalam dua (2) bentuk iaitu bahan/teks bercetak dan disket. Surat rasmi daripada pengirim perlulah mengandungi nama penuh (sertakan nama pena sekiranya ada), nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel (sekiranaya ada) bagi memudahkan segala urusan surat menyurat. Kirimkan karya tersebut (sebaik-baiknya secara surat berdaftar atau hantar tangan) ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sekian dimaklumkan. Selamat berjaya dan wassalam. | Lain-lain | 04.08.2010 |